Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic? | Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.08.2021 |