Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tetak tebu tempatku mandi,
     Layang-layang di Padang Semu;
Jangan sedih dalam hati,
     Ada hayat boleh bertemu.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Jika ada padi berhampalah;
     jika ada hati berasalah.

Bermaksud :

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)

73

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud: Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah.Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah.

Takrif

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makna21.11.2010
salam, saya tengok dalam kamus perdana ada perkataan guris. saya nak tanya guris boleh digunakan atau tak. lepastu kalau ayat itu untuk hati. cth menggores/ menguris hati?Kehadiran kata guris dalam KDP yang dirujuksilangkan kepada gores adalah untuk menyatakan bahawa ejaan bagi kata tersebut telah diselaraskan mengikut Pedoman Pembentukan Ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu gores. Penggunaan ejaan guris adalah tidak baku dan penggunaannya seperti dalam frasa kerja "mengguris hati" sepatutnya dieja "menggores hati". Hati yang tergores sangat menyakitkan. Penggunaan kata ini bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.Ejaan26.07.2023
Apakah peribahasa yang sesuai untuk petikan di bawah? Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____ (i)______. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ______ (ii)_____. Walaubagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak.Menurut data kami, peribahasa yang sesuai ialah i. rumah siap pahat berbunyi iii. bagai menarik rambut dalam tepung. Manakala tiada jawapan ditemukan bagi soalan ii, sila rujuk kamus peribahasa.Lain-lain19.10.2018
Saya merujuk PPRM ada dua jawapan berkenaan; di dalam hati Dan dalam hati Yang manakah lebih tepat?Jawapan yang betul ialah dalam hati.Tatabahasa28.02.2022
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023
Ada sesiapa yang mengetahui asal usul perkataan "sanubari"?

Salam sejahtera,

Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dalam hati atau batin. Tiada maklumat secara terperinci mengenai asal usul perkataan sanubari dalam sumber rujukan kami.

Lain-lain05.11.2012
Ada pantun berbunyi: Bukan ringgit dipandang orang, budi bahasa rangkaian hati. Apakah maksud 'rangkaian hati'?“Rangkaian hati” dalam pantun tersebut boleh membawa pengertian budi bahasa yang dipilih berbanding harta benda atau dibandingkan harta benda, budi bahasa itu jauh lebih bernilai. Makna06.05.2020
Tuan, salam sejahtera. Saya ingin meminta tunjuk ajar daripada pihak tuan tentang erti kata "tanda hati" dalam ayat "Kami akan menerima sumbangan tanda hati daripada pegawai daerah". Sekian, terima kasih. Yang benar, Encik Chai.Tidak ada frasa "tanda hati" dalam data kami. Berdasarkan konteks ayat tanda hati boleh membawa maksud hadiah atau cenderamata sebagai tanda ingatan.Tatabahasa14.10.2014
Apakah perbezaan dua perkataan ini (atau tidak ada perbezaan): 1) hati nurani 2) sanubari . Bagaimana menggunakan dua perkataan ini? Bolehkah tuan/puan menunjukkan 4 contoh ayat bagi “ hati nurani” dan 4 contoh ayat bagi “ sanubari? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata “sanubari” bermaksud:

1. pusat segala perasaan; hati

    Contoh ayat: “Jauh dalam sanubari Bahar, tertancap kekaguman yang amat besar kepada basir yang sangat elok peribadinya”.


2. perasaan dalam hati atau batin

    Contoh ayat: “Tidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada sanubari penyairnya”.

 

Kata “Nurani” pula membawa maksud perasaan dalam diri seseorang atau berkaitan dengan cahaya. Contoh ayat: “Persembahan M Nasir cukup memukau nurani penonton”.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna11.09.2023
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas