Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 

Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ada lagi soalan? Adakah ada apa-apa lagi? Adakah soalan-soalan ini betul?

Kedua-dua soalan tersebut betul.

Tatabahasa17.06.2024
1. perkataan kerajaan, agensi pusat, kementerian, jabatan - adakah perlu 2. Anugerah Industrialised Building System, adakah perlu italic pada penggunaan perkataan inggeris 3. Anugerah Penilaian Outcome, adakah perlu italic pada perkataan inggeris 4. Movenpick Convention Center -adakah perlu italic kesemua perkataan walaupun nama tempat?

1. Sila kemukakan soalan yang jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat.

2. Nama Anugerah Industrialised Building System diterjemahkan kepada “Anugerah Sistem Binaan Berindustri”. Dalam senarai istilah Penilaian Harta Tanah, istilah bahasa Melayu bagi Industrialised Building ialahBinaan Berindustri”.

3. Kami mencadangkan nama anugerah tersebut menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, iaitu “Anugerah Penilaian Hasil”.  Sekiranya, terdapat percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam teks tertentu, pihak puan digalakkan cuba mendapatkan dahulu padanan dalam bahasa Melayu.

4. “Movenpick Convention Center” merupakan nama khas yang tidak perlu dieja menggunakan huruf condong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang  www.prpm.dbp.gov.my

Penyemakan dan penterjemahan23.10.2024
Saya ingin bertanya ayat seperti "Ibu bapa berbuat demikian kerana mereka menginginkan anak mereka supaya dapat diasuh dengan nilai-nilai murni." adakah gramatis? Adakah penggunaan perkataan "menginginkan" itu adalah betul?Menginginkan bermaksud berasa ingin akan seseorang memperoleh atau melakukan sesuatu.   Berdasarkan makna tersebut, perkataan “menginginkan” boleh digunakan dalam konteks ayat dengan pindaan kepada “Ibu bapa berbuat demikian kerana menginginkan anak mereka diasuh dengan nilai-nilai murni.”Tatabahasa15.06.2026
Adakah frasa representasi boleh digunakan dalam BM?Perkataan 'representasi' boleh digunakan dalam bahasa Melayu berdasarkan semakan dalam Kamus Dewan Perdana DBP.Istilah09.05.2026
Adakah yang betul "adalah sebahagian" atau "ialah sebahagian"?

“Ialah” dan “adalah” merupakan kata pemeri. Perbezaan pada penggunaan kata pemeri ini:

 1. “Ialah” digunakan di hadapan frasa nama.

2. “Adalah” digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

“Sebahagian” merupakan kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.

 

Contoh ayat yang betul: Program ini ialah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh ekonomi.
Justifikasi : Predikat ayat di atas bukan sekadar “sebahagian”, tetapi “sebahagian daripada usaha kerajaan.” Frasa ini ditafsirkan sebagai frasa nama yang diterajui oleh kata bilangan. Hal ini kerana kata bilangan seperti sebahagian, semua, beberapa, kebanyakan boleh menjadi unsur penerang atau peneraju dalam frasa nama.

 
Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 dan 287

Tatabahasa10.07.2026
adakah istilah bandar matang boleh digunakan dalam penulisan. Jika ya, apakah definisi sebenar bandar matang tersebut.Untuk makluman tuan/puan, berdasarkan semakan dan penelitian, istilah "bandar matang" tiada dalam data dan pihak kami tidak menemukan istilah dan takrifan khusus bagi "mature town" atau "mature township" dalam kamus antarabangsa. Frasa umum "bandar yang matang" boleh diklasifikasikan sebagai bandar yang telah mencapai tahap pembangunan yang mantap dari segi kemudahan, infrastruktur dan perkhidmatannya.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2026
Adakah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini betul dan boleh diterima - Sepasukan burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makanan.
  • Penjodoh bilangan yang sesuai adalah seperti yang berikut:
  • Sekawan burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makanan.
Tatabahasa03.07.2026
Adakah Pulau Langkawi, Brunei Darulsalam, Pantai Cenang merupakan kata nama khas pemajmukan? sedangkan langkawi tiada maksud. mohon penjelasan
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.

Pulau Langkawi, Brunei Darussalam dan Pantai Cenang merupakan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata majmuk.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84, 85 dan 97.

Tatabahasa11.06.2026
Adakah istilah “resiliensi” menurut standard Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada “daya tahan”? Selain itu, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan “burnout”?1. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah resilience ialah ketahanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.

2. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah burnout ialah lesu upaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.
Istilah06.06.2026
Adakah penggunaan frasa "merujuk kepada" betul? Setahu saya, selepas kata kerja transitif “merujuk”, kata sendi nama seperti “kepada” tidak perlu digunakan. Walau bagaimanapun, apa pendapat yang mengatakan bahawa, frasa ‘merujuk kepada perkara’ telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. Mohon pencerahan pihak DBP.Penggunaan frasa yang betul ialah "merujuk perkara". Merujuk ialah kata kerja transitif. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata kerja aktif transitif perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama. Oleh itu, kata kerja "merujuk" seharusnya terus diikuti oleh objek dan bukan kata sendi nama. Tatabahasa25.05.2026
12345678910...

Kembali ke atas