Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah: 1. Perhubungan Pelanggan yang baik bermula dari anda atau; 2. Perhubungan Pelanggan yang baik bermula daripada andaAyat yang betul ialah 2. Perhubungan pelanggan yang baik bermula daripada anda.Tatabahasa24.12.2021
Cara menyebut Qari? Adakah 1. Kah - ree 2. Kaw - ree 3. Kaur - ee 4. Ka - ri 5. Kua - ree 6. Kuar - ree atau? terima kasih.Sebutan yang betul ialah qa.riEjaan15.10.2020
ejaan yang betul untuk autokredit adakah:- 1. autokredit 2. auto kredit 3. auto-kreditautokreditEjaan04.04.2019
Mohon bantuan untuk ejaan sunat muakad. Adakah (1) muakad atau (2)muakkadEjaan yang betul ialah sunat muakad.Ejaan25.03.2020
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasihPer.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul)Lain-lain02.02.2018
Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasihNama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan)Lain-lain05.01.2018
1. dayasaing 2. kearah No. 1 & 2 - adakah 1 perkataan atau 2 perkataan?Ejaan yang betul ialah daya saing dan ke arah. Puan boleh merujuk laman prpm.dbp.gov.my untuk carian ejaan dan makna.Ejaan12.03.2019
1. Hari kemerdekaan 2. Hari kemerdekaan Malaysia Adakah 1 & 2 ialah kata nama khas dan memerlukan huruf besar pada setiap perkataan? Terima kasih“Hari kemerdekaan” merupakan kata nama am manakala “Hari Kemerdekaan Malaysia” merupakan kata nama khas yang huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar. Tatabahasa25.10.2022
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian.Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan PergigianLain-lain10.01.2018
Mohon pengesahan istilah yang tepat untuk pesakit yang boleh /dibenarkan discaj dari wad tetapi tidak mempunyai waris dan terbiar. (Di dalam bahasa Inggeris situasi pesakit tersebut dikategorikan sebagai "stranded patient") Adakah:- 1. Pesakit Terdampar- 2. Pesakit Terlantar-Pesakit terlantar merujuk keadaan pesakit yang tidak lagi berupaya. Perkataan stranded dalam konteks yang diberikan lebih sesuai diterjemahkan kepada terabai atau terbiar, pesakit terabai atau pesakit terbiar.Istilah05.07.2018
12345678910...

Kembali ke atas