Tuan, adakah (1) patuh pada Hukum D-M, (2) cinta pada bahasa kebangsaan betul dengan sendi nama "pada"? Sila baca WordPad saya terlebih dahulu sebelum menjawab soal dengan pegangan tuan kerana saya ada alasan betul salah sendiri mengenai dua frasa ini. Terima kasih atas kerjasama tuan. | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa yang betul ialah patuh kepada hukum 2. cinta kepada bahasa kebangsaan | Tatabahasa | 15.12.2016 |
ejaan yang betul untuk autokredit adakah:- 1. autokredit 2. auto kredit 3. auto-kredit | autokredit | Ejaan | 04.04.2019 |
Mohon bantuan untuk ejaan sunat muakad. Adakah (1) muakad atau (2)muakkad | Ejaan yang betul ialah sunat muakad. | Ejaan | 25.03.2020 |
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasih | Per.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul) | Lain-lain | 02.02.2018 |
Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasih | Nama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan) | Lain-lain | 05.01.2018 |
1. dayasaing 2. kearah No. 1 & 2 - adakah 1 perkataan atau 2 perkataan? | Ejaan yang betul ialah daya saing dan ke arah. Puan boleh merujuk laman prpm.dbp.gov.my untuk carian ejaan dan makna. | Ejaan | 12.03.2019 |
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih. | Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 25.04.2014 |
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian. | Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian | Lain-lain | 10.01.2018 |
Mohon pengesahan istilah yang tepat untuk pesakit yang boleh /dibenarkan discaj dari wad tetapi tidak mempunyai waris dan terbiar. (Di dalam bahasa Inggeris situasi pesakit tersebut dikategorikan sebagai "stranded patient") Adakah:- 1. Pesakit Terdampar- 2. Pesakit Terlantar- | Pesakit terlantar merujuk keadaan pesakit yang tidak lagi berupaya. Perkataan stranded dalam konteks yang diberikan lebih sesuai diterjemahkan kepada terabai atau terbiar, pesakit terabai atau pesakit terbiar. | Istilah | 05.07.2018 |
Cara menulis angka dalam sebutan ayat yang betul dalam penulisan cek atau surat berkaitan kewangan. Adakah: 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja); atau 2. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Sen Dua Puluh Sahaja)? Mohon penjelasan kepada unit Sen samada perlu diletakkan di belakang atau di hadapan selepas perkataan dan. | 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja.
| Tatabahasa | 26.06.2014 |