Adakan perkataan pelajaran dan belajar merupakan perkataan berimbuhan? Terima kasih. | Untuk makluman, belajar merupakan kata kerja dan tidak mempunyai imbuhan. Manakala, pelajaran pula kata nama yang diapit imbuhan PE-...-AN. | Tatabahasa | 06.01.2016 |
Adakan terdapat terjemahan manusckrip "Surat-surat Berhubung dengan Harta Keluarga Diraja Kedah" di simpanan DBP? | Untuk mendapatkan maklumat berkenaan manuskrip ini, mohon tuan hubungi pegawai di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di talian 03-21479545. | Lain-lain | 29.10.2014 |
Adakan DBP menerbitkan buku yang bertajuk Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia, Sejarah Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia ataupun yang lebih kurang dengan tajuk tersebut. Sekian terima kasih | Tuan boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP untuk bertanyakan berkenaan penerbitan buku ini.Nombor telefon Kedai Buku Koperasi ialah 03-21479636. Terima kasih. | Lain-lain | 30.06.2014 |
Adakan perkataan 'cakna' telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi dan boleh digunakan dalam penulisan diperingkat peperiksaan awam? | Dalam Kamus Dewan perkataan cakna dilabelkan sebagai dialek Terengganu dan lazimnya penggunaannya lebih banyak ditemukan dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanapun dalam pangkalan data kami banyak juga ditemukan judul buku atau makalah yang berkaitan cakna seperti Siri Cakna Bahasa: Antonim dan Siri Cakna Bahasa: Simpulan Bahasa. Berdasarkan dapatan tersebut kita dapati penggunaan kata cakna semakin meluas dan digunakan dalam ranah rasmi. | Istilah | 14.10.2012 |
Adakan perkataan Almarhum perlu dijarakkan ? Adakah Perkataan DYMM perlu diletakkan sebelum perkataan Almarhum ? | Almarhum dieja dalam satu perkataan (tidak perlu jarak atau tanda sempang) dan biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim. Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. | Lain-lain | 21.01.2011 |
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan | Saudara Tracy, Yang betul adalah seperti yang berikut: i. air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Adakan waktu dalam bahasa melayu telah ditetapkan?Contohnya pukul berapa hingga pukul berapa ialah pagi,tengah hari,petang,malam dan sebagainya.Adakah ini telah diteteapkan? | Waktu diatur seperti yang berikut: 1.00 pagi hingga 11.59 pagi 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari 2.00 petang hingga 6.59 petang 7.00 malam hingga 11.59 malam 12.00 tengah malam hingga 12.59 tengah malam | Lain-lain | 22.05.2010 |
adakan sistem pendidikan masa kini lebih berorientasikan peperiksaan 100% | Saudara Wong, Jawapan kepada soalan begini bergantung pada pandangan dan pendapat masing-masing. Saudara boleh membuat kajian dan rujukan tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 04.03.2010 |
Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih. | Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores". | Istilah | 15.12.2009 |
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah. | DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.04.2009 |