Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum tuan, pertanyaan saya adalah: 1)permohonan untuk menyemak perkataan 'KEDAI SERBANEKA' kepada tulisan jawi. 2)permohonan untuk menyemak font (UTHMAN TAHA) yang digunakan. SEKIAN, TERIMA KASIHTulisan Jawi untuk "KEDAI SERBANEKA" ialah
کداي سربانيک

Lain-lain14.11.2019
Apakah terjemahan yang tepat bagi isitilah Organisation for Economic Cooperation and Development? Berdasarkan rujukan penggunaan oleh media, antara variasi yang digunakan adalah (1) Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan dan (2) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Organisation for Economic Cooperation and Development ialah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.Penyemakan dan penterjemahan22.01.2024
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua.1) Antara kesan  tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.

2) Maksud perkataan uzur adalah tua.
Tatabahasa14.03.2018
Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S.

Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S

Tatabahasa28.09.2021
penggunaan ialah dan adalah: 1) jika frasa kerja di belakang, kita guna ialah atau adalah? contoh: Antara kepentingan semangat kejiranan (ialah/adalah) melahirkan masyarakat yang harmoni. Hobi saya (ialah) bermain bola. 2) saya difahamkan bahawa 'adalah' digunakan sebelum frasa sendi nama. sebelum perkataan "dapat" atau "boleh" boleh tak guna 'adalah'?Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata Pemeri tidak digunakan dalam frasa kerja. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ayat betul  yang diberikan oleh tuan ialah: 1. Antara kepentingan semangat kejiranan adalah untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.
2. Hobi saya bermain bola (tidak perlu kata pemeri).

Kedua-dua perkataan "dapat" atau "boleh" tidak boleh digandingkan dengan adalah.
Tatabahasa09.03.2018
Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus

Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my

Lain-lain30.06.2020
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan yang tepat bagi beberapa istilah lakonan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, khususnya untuk tujuan penamaan kategori anugerah. Istilah-istilah tersebut adalah: 1) Best supporting actress 2) Best new actress 3) Best leading actress Berdasarkan pemahaman saya, terjemahan yang mungkin adalah seperti berikut: 1) Best supporting actress: Pelakon pembantu wanita terbaik 2) Best new actress: Pelakon wanita baharu terbaik (atau mungkin Pelakon baharu wanita terbaik?) 3) Best leading actress: Pelakon utama wanita terbaik Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak tuan/puan mengenai terjemahan yang paling tepat dan lazim digunakan dalam konteks penamaan kategori anugerah. Adakah pemahaman saya betul mengikut hukum D-M?

Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

1) Best Supporting Actress: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

2) Best New Actress: Pelakon Wanita Baharu Terbaik

3) Best Leading Actress: Pelakon Utama Wanita Terbaik
Penyemakan dan penterjemahan13.04.2025
Saya pernah melihat pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut di jawap olewh Dewan Bahasa sendiri. Tetapi pemenggalan perkataan tersebut berbeza dengan apa yang DBP baru-baru ini jawap kepada saya. Jawapan yang saya perolehi baru-baru ini adalah: 1. makanan (ma.ka.nan) 2. bayaran (ba.ya.ran) Walaubaimanapun, saya ada terjumpa di online DBP menjawap pemenggalan perkataan bagi perkataan seperti di atas adalah seperti berikut: 1. makanan (ma-kan-an) 2. bayaran (ba-yar-an) Disini saya ada sertakan sekali gambar sebagai bukti pemenggalan perkataan bagi perkataan berikut yang sebelum ini saya temui dijawap oleh DBP. Mohon supaya pihak dapat memberikan pencerahan bagi situasi ini. Terima kasih:)Salam sejahtera,

Tuan,

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an  (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan  (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an  (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan sebutan)

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.02.2018
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasihJika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya.Ejaan29.07.2016
Bolehkah yang dan adalah digunakan untuk mula ayat... contoh ayat 1.Adalah dengan ini... 2.Yang menjadi sesalan apabila....

Penggunaan 'adalah'  boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Tetapi apabila berada di hadapan ayat seperti 'Adalah dengan ini dimaklumkan...' ayat tersebut salah.  Adalah boleh hadir di pertengahan ayat dan diikuti dengan kata sendi. Ayat yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa...". 

Kata hubung pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Contohnya:Yang berjaja kain itu jiran saya. Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

Tatabahasa26.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas