Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adanya guru bahasa yang telah memberi nasihat agar tidak menggunakan "ia" sebagai ganti nama ketiga kerana dianggap salah. Sejurus dengan itu turut disarankan tidak menggunakan perkataan "ia" dalam sebarang pembentukan ayat mahupun dalam penulisan karangan. Adakah nasihat tersebut tepat?Kata 'ia' sebagai kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan) dan sama makna dengan dia. Kata 'ia' juga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan. Oleh itu, kata 'ia' boleh digunakan dalam wacana. Walau bagaimanapun jika fungsi 'ia' sebagai kata ganti nama diri ketiga eloklah digunakan 'dia'. Tatabahasa06.02.2011
(1) Dengan adanya The Book of the Month Club, pengguna mendapat jaminan mereka membaca buku sama seperti orang lain juga. (Persoalannya: Perlukah The Book of the Month Club itu dicondongkan?)Sekiranya judul buku, perlulah dicondongkan ataupun diberi tanda petik, "The Book of the Month Club".Lain-lain09.11.2011
Adakah perkataan berikut boleh digunakan dalam bahasa Melayu ? 1. adapun 2. apa nama 3. ianya 4. apatah 5. adanyaPerkataan adapun, apatah dan adanya banyak digunakan dalam wacana, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna perkataan tersebut.Tatabahasa25.11.2011
Assalammualaikum. Saya berasa senang hati kerana adanya laman ini untuk kemudahan pelajar mahupun penuntut institusi. Lebih - lebih lagi pada saya, seorang calon PMR. Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan ayat. Soalan adalah seperti: a. Mengapa DI KALANGAN ditukar menjadi DALAM KALANGAN? b. Mengapa JUSTERU ITU ditukar menjadi JUSTERU? Walauapa - apapun, terdapat banyak ayat yang ditukar. Walaupun guru sudah menjelaskan dan menerangkan, pasti masih ada yang tertinggal dan pelajar mungkin ketinggalan dalam penggunaan ayat. Mengapa Kementerian Pelajaran tidak membuat sebuah buku yang membolehkan pelajar membuat rujukan terkini. Semoga dengan terjawabnya soalan ini, Kementerian Pelajaran dapat menitikberatkan pelajaran para pelajar. Sekian, terima kasih.

Saudara Haziq,

Kata sendi 'di' digunakan pada frasa ynag menunjukkan tempat. Perkataan 'kalangan' merujuk lingkungan bukan tempat.  Oleh yang demikian, frasa 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pedoman atau tatabahasanya yang akan dijadikan pegangan bagi memastikan bahawa sistem bahasa kita kukuh dan sempurna. Oleh itu perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa adalah untuk tujuan pemantapan dan penyempurnaan sistem bahasa kita.

Bagi perkataan 'justeru' pula, tidak berlaku perubahan dari segi penggunaan 'justeru itu' kepada 'justeru' kerana sememangnya selama ini perkataan ini digunakan. Hanya terdapat sesetengah masyarakat pengguna bahasa yang keliru dan  menyalahgunakan frasa 'justeru itu' bagi maksud 'justeru'.     

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun menerbitkan beberapa buku rujukan bahasa antaranya  buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Tatabahasa15.03.2010
Apakah tiga perkataan utama bahasa Melayu sebelum adanya bahasa Melayu sekarang?

Saudara perlu membuat kajian lanjut untuk membuktikan bahawa dakwaan saudara (ada tiga kata asal) itu benar. Mungkin persoalan itu sekadar suatu teka-teki yang tidak berhujah. Sila buat rujukan melalui buku-buku mengenai asal-usul bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakan yang berdekatan dengan saudara.

Lain-lain19.05.2009
Assalamualaikum, Apakah maksud perkataan pemeran? Contoh ayat: 1. Pengakuan adanya berkaitan peranan antara pemeran. 2. Strategi merupakan kaedah yang digunakan oleh pemeran untuk mencapai tujuan tertentu. terima kasih.Dalam bidang Komunikasi pemeran jahat atau watak pemeran digunakan sebagai padanan istilah bad guys. Dalam bahasa Indonesia pemeran bermaksud aktor atau pelakon lelaki tetapi bahasa Melayu mengekalkan yang sedia ada.Tatabahasa16.12.2012
Apakah maksud 'ayat transformasi'? Sila berikan contoh ayat.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa17.09.2008
bagaimanakah cara ejaan yang betul untuk perkataan wujud atau ujud?Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.
Wujud: 1. adanya (sesuatu); sedia ada; 2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yang nyata (bukan roh dll), rupa dll yang dapat dilihat.
Ujud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.
Makna09.01.2013
Apakah maksud Kaedah tatabahasa Transformasi Generatif?Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, halaman 531.Tatabahasa16.02.2009
syirik, tahyul,khurafatMenurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul.Makna02.10.2007
12345

Kembali ke atas