bagaimanakah cara ejaan yang betul untuk perkataan wujud atau ujud? | Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Wujud: 1. adanya (sesuatu); sedia ada; 2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yang nyata (bukan roh dll), rupa dll yang dapat dilihat. Ujud: yg dikehendaki, maksud, tujuan. | Makna | 09.01.2013 |
(1) Dengan adanya The Book of the Month Club, pengguna mendapat jaminan mereka membaca buku sama seperti orang lain juga. (Persoalannya: Perlukah The Book of the Month Club itu dicondongkan?) | Sekiranya judul buku, perlulah dicondongkan ataupun diberi tanda petik, "The Book of the Month Club". | Lain-lain | 09.11.2011 |
Adakah kedua-dua perkataan "ujud" dan "wujud" boleh digunakan? Ada perbezaan makna atau pemakaian? | Ujud merupakan perkataan Minangkabau yang dikehendaki, maksud atau tujuan. Wujud bermaksud: 1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yang berupa dan dpt dilihat, diraba dan lain-lain. 3 benda yang nyata (bukan roh dan lain-lain). | Makna | 28.11.2017 |
Assalamualaikum, Apakah maksud perkataan pemeran? Contoh ayat: 1. Pengakuan adanya berkaitan peranan antara pemeran. 2. Strategi merupakan kaedah yang digunakan oleh pemeran untuk mencapai tujuan tertentu. terima kasih. | Dalam bidang Komunikasi pemeran jahat atau watak pemeran digunakan sebagai padanan istilah bad guys. Dalam bahasa Indonesia pemeran bermaksud aktor atau pelakon lelaki tetapi bahasa Melayu mengekalkan yang sedia ada. | Tatabahasa | 16.12.2012 |
Adakah perkataan berikut boleh digunakan dalam bahasa Melayu ? 1. adapun 2. apa nama 3. ianya 4. apatah 5. adanya | Perkataan adapun, apatah dan adanya banyak digunakan dalam wacana, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna perkataan tersebut. | Tatabahasa | 25.11.2011 |
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh". | Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 11.11.2009 |
Ahmad Aiman Nordin Jun 20th, 11:22am Salam...mohon penjelasan bagi ayat di bawah.. 1.berjaya mendapat pertukaran ke 2.berjaya mendapat tukar ke | Pada pandangan kami pertukaran berlaku dengan adanya arahan atau permohonan pertukaran yang diluluskan oleh pihak pengurusan. Sehubungan dengan itu, frasa yang lebih tepat ialah "diarahkan bertukar" atau "permohonan pertukaran diluluskan". | Tatabahasa | 22.06.2015 |
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH. | 1. Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Kata sendi ”di” tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara." | Tatabahasa | 03.06.2013 |
Selamat pagi tuan/puan, saya ingin mengajukan soalan tentang penggunaan perkataan sinonim yang sesuai bagi teks/ayat dibawah. 1. Ketibaan Perdana Menteri di perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. Berdasarkan ayat diatas, terdapat dua jawapan yang mengelirukan iaitu 1. Kehadiran 2. Kedatangan. Ramai guru menjawab soalan tersebut dengan jawapan 1. Kehadiran. Adakah jawapan 1. kehadiran sesuai dengan perkataan Ketibaan? Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “ketibaan” membawa maksud perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan. Makna kata “kehadiran” pula ialah perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan ini perlu dilihat berdasarkan konteks ayat atau wacana ayat tersebut digunakan. Contoh ayat: i. Kedatangan pelajar di dalam kelas dicatat pada setiap hari. ii. Ketibaan pelajar dalam Perhimpunan Bulanan KPM disambut oleh urus setia. iii. Kehadiran kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara. iv. Kehadiran Perdana Menteri dalam perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. | Tatabahasa | 03.04.2020 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |