______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. mengapakah adapun dipilih sebagai jawapan? apakah maksud dengan adapun. maafkan saya kerana saya tidak memahami. terima kasih | 'Adapun' bermaksud mengenai atau perihal. Jadi dalam contoh ayat yang diberikan, 'Perihal kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu'. Contoh ayat ini diambil daripada laras bahasa Melayu klasik. | Ejaan | 08.07.2008 |
Adakah perkataan berikut boleh digunakan dalam bahasa Melayu ? 1. adapun 2. apa nama 3. ianya 4. apatah 5. adanya | Perkataan adapun, apatah dan adanya banyak digunakan dalam wacana, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna perkataan tersebut. | Tatabahasa | 25.11.2011 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. Bagaimankah soalan ini dijawab? | c) Adapun kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. T.kasih. | Lain-lain | 04.07.2008 |
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan? | Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai. | Tatabahasa | 11.12.2006 |
apakah jenis penggunaan bahasa melayu yang digunakan dalam akhbar berita harian? | Untuk makluman saudara bahasa Melayu adalah bahasa Melayu dan tidak ada pembahagian jenis dalamnya, apa yang membezakan penggunaan bahasa antara syarikat akhbar (jika adapun sedikit sahaja perbezaannya) ialah gaya penulisan (house style) akhbar berkenaan. | Lain-lain | 13.08.2010 |
Salam Khidmat Nasihat DBP, Disertakan kekeliruan saya dalam tatabahas. | 1. Kata demi yang bersinonim dengan untuk bertugas membawa makna tujuan seperti rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi/untuk kestabilan negara. Adapun ayat contoh yang diberikan surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran telah ditampal pada papan kenyataan untuk perhatian semua guru. Perkataan untuk dalam ayat tersebut tidak boleh bertukar dengan kata demi kerana untuk dalam ayat ini berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Sebaliknya kata untuk dalam ayat tersebut boleh bervariasi dengan bagi. 2. Frasa di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat contoh yang diberi frasa di mana hendaklah digantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai seperti dan. 3. Berdasarkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Namun isunya di sini penggunaan kata pemeri adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif seperti "adalah untuk". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'pun'. haruskah dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: ada pun, siapa pun Sekian, terima kasih. | Pun sebagai kata partikel dieja rapat seperti adapun, walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun, dia pun dan sesiapa pun. | Tatabahasa | 17.01.2015 |
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya ada satu pertanyaan dengan perkataan SENTAP dan JEALOUS. Adakah persamaan ke tidak dari 2 perkataan ini. Minta makluman segera dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih | Sentap bermaksud menyentap menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba. Adapun perkataan sentap yang digunakan dalam bahasa percakapan yang dikaitkan dengan emosi atau cara seseorang respons terhadap sesuatu isu tidak digunakan dalam konteks rasmi. Terjemahan jealous ialah cemburu. | Istilah | 15.09.2015 |
1. Penggunaan 'pun': contohnya, sayapun, walaupun sekalipun. Adakah ejaannya dekat atau jauh dan peraturan penggunaannya. 2. Penggunaan 'kan' seperti "sayakan ada", "kitakan dalam masjid". Adakah boleh digunakan dalam dialog untuk terbitan dan ejaannya sama ada dekat atau jauh. | Ejaan partikel 'pun' yang ditulis serangkai ialah adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. Terima kasih. | Tatabahasa | 27.05.2008 |
1. apakah golongan kata bagi perkataan "gus" dan "pun"? 2. bagaimanakah membezakan penggunaan 'gus' dan 'pun' yang dieja rapat dan yang dieja terpisah dengan kata dasar. | Pun merupakan partikel, manakala gus pula ialah kata kerja. Gus dapat dilihat dalam penggunaan sekaligus manakala pun dapat dilihat dalam ejaan yg dieje rapat seperti pada adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sungguhpun, ataupun, bagaimana[un, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. T.kasih. | Lain-lain | 02.09.2008 |