| Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih. | Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
| Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara. | aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); | Makna | 16.08.2007 |
| Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, garis panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan. | Lain-lain | 14.11.2018 |
| apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |