Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata addressing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih.VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara.

MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara.
Lain-lain22.11.2017
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih.

Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web.

Makna25.06.2010

Kembali ke atas