Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi akan berkhatan. Adi bertanya tentang kesakitan berkhatan. Adi bertanya kepada abangnya yang sudah berkhatan. | Adi akan berkhatan dan dia bertanya tentang kesakitan berkhatan kepada abangnya yang sudah berkhatan. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih. | Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar | Istilah | 18.07.2016 |
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan “Madihah, Madihah!” Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 19.05.2012 |
Terjemahan kepada superhero adakah adi wira dalam dua perkataan atau adiwira satu perkataan. | Dua perkataan adi wira. | Ejaan | 24.04.2019 |
Tuan, antara ayat berikut yang mana betul? (1) Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Adi (2) Tiba-tiba terpacul soalan itu daripada mulut Adi | Untuk makluman, kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama dan frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Dalam konteks ini, mulut menunjukkan tempat. Oleh itu, ayat yang betul ialah (1) Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Adi. | Tatabahasa | 19.05.2012 |
Saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan 'bersama' dan 'bersama-sama'. Bagaimanakah penggunaannya yang tepat dan betul? Contoh: (a) Adi pergi ke perpustakaan bersama dengan adiknya. (b) Adi pergi ke perpustakaan bersama-sama adiknya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Kedua-dua ayat yang dikemukakan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 27.11.2012 |
Gabungkan menjadi ayat majmuk. Adi berasa malu. Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang. | Sila rujuk guru di sekolah tentang tatacara menulis karangan, menggunakan format yang betul dan fakta yang tepat. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Salam, Terdapat banyak khidmat nasihat yang mengkonfiuskan untuk perkataan "Superhero". Ada yang mengatakan adiwira, ada yang kata kena jarakkan supaya jadi adi wira. Bolehkan DBP tolong beri satu jawapan muktamad dan hapuskan kenyataan yang salah agar tiada orang akan bingung lagi dengan penggunaan kata sebenar superhero ini. Terima kasih! | Untuk pengetahuan tuan, perkataan 'adiwira' belum di masukkan sebagai entri perkataan bahasa Melayu dalam kamus. Perkataan 'adiwira' perlu dieja sebagi satu perkataan yang agak sinonim dengan penggunaan perkataan lain yang berawalan 'adi' seperti 'adikuasa', adiraja'. | Istilah | 22.05.2019 |
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
Gabung ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi berasa malu . Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang. | Siti berasa malu kerana kawannya melihat mukanya yang tidak bersolek. Sila gunakan kata hubung yang bergaris dalam ayat contoh yang tuan berikan. Dalam hal pembelajaran, gunakan ayat yang baik dan santun. | Lain-lain | 05.11.2015 |