Salam. Saya hendak bertanya tentang penggunaan "kawan-kawan" dan "adik-adik" dalam ayat, contohnya "Kawan-kawan hendaklah menghormati ibu bapa." Adakah penggunaan "kawan-kawan" itu masih boleh digunakan?Sebab ada pendapat mengatakan penggunaan kata ganda seperti itu tidak boleh digunakan. sekian terima kasih. | Nurulhuda, Bagi penggunaan kata ganda adik-adik dan kawan-kawan, penggandaan seperti ini memang boleh digunakan. Contoh lain ialah penggunaan rama-rama, kupu-kupu dan kuda-kuda. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih. | Ayat majmuk yang tepat ialah 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik" tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik". | Tatabahasa | 28.03.2015 |
Selamat sejahtera, 1.Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh. 2 Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya adik cepat sembuh. (Yang manakah merupakan ayat gramatis?)Kalau salah minta perbetulkan. 3.Ibu menyuapkan ubat kepada adik.(Adakah kata sendi nama "kepada" sesuai digunakan?) 4.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.(Adakah tanda baca pemetik seperti yang ditaip perlu digunakan?)Sila beri penjelasan. Terima kasih. | 1. Ayat yang pertama betul, iaitu “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh”. 2. Dalam ayat kedua, perkataan “adik” tidak perlu diulang. Ayat yang betul ialah “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh”. 3. Perkataan “menyuapkan” dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud memasukkan makanan dan lain-lain ke dalam mulut seseorang. Sehubungan dengan itu, penggunaan kata sendi nama “kepada” dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik”. 4. Menurut buku Gaya Dewan, tanda petik ("/") digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit cakap ajuk, mengapit judul dan mengapit istilah ilmiah. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda “Berhenti” di tengah-tengah jalan raya”, penggunaan tanda petik (“/”) pada perkataan “Berhenti” tidak perlu digunakan. | Tatabahasa | 15.09.2022 |
Apakah ada formula untuk menentukan pengunaan antara apitan meN.....kan yang membawa maksud kausatif dengan apitan meN.....kan membawa maksud benafaktif? Misalnya "memberikan" bermaksud kausatif tetapi "membelikan" pula bermaksud benafaktif. Saya sungguh keliru. | Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat, dan adik + buku objek dalam ayat tersebut). | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih. | Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa. | Istilah | 18.09.2009 |
Tuan-tuan , bolehkah beritahu saya antara perbezaan / kegunaan perkataan mengacau dengan mengacaukan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “mengacau” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud mengganggu atau menimbulkan keadaan tidak tenteram atau tidak aman dan mengaduk sesuatu supaya bercampur. Contoh ayat: Sekejap lagi, cucunya akan bangun dan mengacau di dapur. Perkataan “mengacaukan” pula merupakan kata kerja transitif yang bermaksud mengacau sesuatu untuk seseorang dan menjadikan sesuatu hal bercampur dengan sesuatu hal yang lain. Contoh ayat: Saya terpaksa mengacaukan adik-adik saya bubur sebelum ke sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana muka surat 931–932 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 88-89. | Tatabahasa | 27.03.2024 |
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih. | Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. | Tatabahasa | 02.11.2012 |
Ada berapakah objek dalam ayat "Abang membeli sebuah buku untuk adik". Adakah "adik" ialah objek sipi ? | Ada 2 objek: 1. Buku - objek tepat 2. adik - objek sipi | Tatabahasa | 07.04.2009 |
Cerakinkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal: Adik berbaring di sofa lalu tertidur. Jawapan:a) Adik berbaring di sofa. b) Adik tertidur di sofa/ Adik tertidur. (Yang manakah betul) | Dua ayat tunggal daripada ayat majmuk : "Adik berbaring di sofa lalu tertidur" adalah 1. Adik berbaring di sofa. dan 2. Adik tertidur. | | Tatabahasa | 19.03.2017 |
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih. | Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. | Tatabahasa | 26.03.2009 |