MANA YANG BETUL CIKGU AMIN MENGAJARKAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID 6 ADIL. CIKGU AMIN MENGAJAR BAHASA MELAYU KEPADA MURID 6 ADIL. TERIMA KASIH. | Kedua-dua ayat tersebut betul kerana mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengajarkan bermaksud memberi sesuatu pelajaran atau ilmu pengetahuan. | Tatabahasa | 26.08.2011 |
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya. Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah. Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga. | Makna | 10.03.2014 |
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Makna | 10.03.2014 |
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang) | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
apakah maksud bertimbang rasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. | Istilah | 24.01.2010 |
Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Mohon pengesahan penggunaan ayat "sifat-sifat terpuji" atau "sifat terpuji" dalam ayat seperti berikut: Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa. Sekian, terima kasih. | Frasa "sifat terpuji" tidak perlu digandakan kerana ia boleh menandakan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Sayha Aziz Oct 16th, 4:03pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada pegawai yang berkenaan, Saya Fasihah Ab Aziz ingin bertanyakan mengenai buku BUYUNG ADIL – SEJARAH PAHANG- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA -1972 . Saya ingin mendapatkan satu salinan. Bagaimana saya ingin mendapatkannya? FASIHAH AB AZIZ sayha09@gmail.com | Wa`alakumussalam. Terima kasih tuan/puan Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 16.10.2015 |
apakah maksud eksploitasi? | Menurut Kmaus Dewan Edisi Empat ekploitasi ialah perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
12. Pengerusi juga turut menekankan keperluan Leading by Example, ahli perlu menunjukkan contoh yang terbaik di samping mempunyai sikap yang dedikasi dan juga preservation strategi. Selain itu, sikap adil dan saksama juga ditekankan agar sesuatu keputusan yang dibuat adalah tegas dan tidak mempunyai sikap terlalu banyak bersimpati kepada anggota bawahan terutamanya kepada 6 kesalahan besar yang telah digariskan di dalam TLDM. Pengerusi juga mahukan kesemua ahli memastikan kepada 2 sistem berjalan lancar iaitu divisional system yang melibatkan anggota bawahan dan mentoring system yang melibatkan pegawai-pegawai yang berpotensi tinggi. Penekanan perlu diberikan kepada kedua-dua sistem tersebut dan ianya akan memberikan kebaikan kepada TLDM. Pengerusi menghendaki satu mesyuarat diadakan di peringkat Markas Panglima masing-masing bagi memastikan kedua-kedua sistem tersebut dilaksanakan serta setiap Panglima memastikan pelaksanaan perkara tersebut. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan cara yang teradil oleh Ketua Kampung Jenderam. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan adil oleh Ketua Kampung Jenderam. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |