askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tk | Wasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 13.11.2017 |
Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih | Wasalam. Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 10.11.2017 |