Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. taking as o’s own, pengambilan anak angkat: ~ is a lengthy process, pengambilan anak angkat melibatkan proses yg memakan masa; 2. accepting and following, pengambilan: the ~ of the new regulation, pengambilan peraturan baru; 3. taking up, pengambilan: the ~ of foreign words, pengambilan kata-kata asing; 4. accepting, penerimaan: the ~ of the minutes was agreed, penerimaan minit mesyuarat itu telah dipersetujui. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adoption


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yg sesuai utk adoption (selain manusia) mis, cat adoption = pengambilan kucing, pengangkatan kucing, pengambilan kucing angkat?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah cat adoption ialah adopsi kucing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain23.05.2025
Apakah istilah BM yang sesuai untuk "Digital Adoption "?

Kami mencadangkan istilah “digital adoption”  diterjemahkan kepada penerimagunaan digital

Istilah19.02.2020
Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih

Wasalam.  Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya

i.   proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan

ii.  penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan.

iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi

 Sekian. Terima kasih.
Istilah10.11.2017
askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tkWasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih.Istilah13.11.2017
Saya ingin bertanya tentang terjemahan satu kerangka teori dalam bidang psikologi di mana dalam bahasa Inggeris ialah "Precaution Adoption Process Model". Adakah sesuai jika saya terjemah dalam bahasa Melayu kepada "Model Proses Adopsi Pengawasan"?Kami mencadangkan Precaution Adoption Process Model diterjemahkan kepada Model Proses Penerimagunaan Pengawasan dan dalam penulisan singkatan PAPM boleh disertakan, seperti Model Proses Penerimagunaan Pengawasan (PAPM).
 
Penyemakan dan penterjemahan17.07.2023
Mohon cadangan penggunaan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah-istilah berikut (khususnya dalam bidang pendidikan): 1. Active Learning 2. Collaborative Learning 3. Constructive Learning 4. Authentic Learning 5. Goal-Directed Learning 6. Entry Level 7. Adoption Level 8. Adaptation Level 9. Infusion Level 10. Transformation LevelActive Learning           - Pembelajaran Aktif 
Collaborative Learning - Pembelajaran Kolaboratif   
Constructive Learning  -Pembelajaran Konstruktif
Authentic Learning       -Pembelajaran Autentik
Goal-Directed Learning  -Pembelajaran Aktiviti Bermatlamat
Entry Level                   -Pencapaian masuk 7
Adoption Level             - Tahap  Penerimaan 8
Adaptation Level 9       - Tahap Adaptasi 9
Infusion Level 10         - Tahap Infusi 10
Transformation Level    - Tahap Transformasi
Istilah21.03.2019

Kembali ke atas