"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini? | Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar. | Tatabahasa | 18.08.2014 |
______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segera | Kata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai. Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan. | Saudara, Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembang | Jawapan betul- No. 1 dan (b)
| Makna | 16.08.2016 |
1)Apakah kata seru yang sesuai bagi ayat di bawah?EH/ADUHAI?Mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak tuan. ________, bila agaknya tarikh pengumuman tarikh keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! Adakah perkataan "Diam" sesuai untuk ayat di bawah? -Kami sekeluarga telah lama ____________ di taman perumahan ini. | 1. Ayat tersebut tidak memerlukan kata seru. Ayat tersebut lebih sesuai sebagai ayat tanya. 2. Penggunaan perkataan diam betul dalam ayat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasih | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 22.12.2013 |
Saya Muhammad faezeen Latiff. Sedang belajar bahasa Melayu dasar. Di Universiti fatoni Thailand. Ingin bertanya DBP tentang tata bahasa. Apakah kata seru? Terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Saya Azuwa Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni. Ingin pertanya DBP tentang tatabahasa. Apakoh pengertian kata seru. Terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai... | Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 05.08.2014 |