Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.du/] | ادوق

Definisi : mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku; teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn seperai dll); adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll); aduk-adukan campur aduk; pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk: pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan; pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk diaduk selalu dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du/] | ادوق

Definisi : ; mengaduk 1 mencampurkan dan mengacau supaya bergaul rata: ~ simen. 2 = mengaduk-aduk membongkar-bongkar sesuatu dgn tidak menentu: ~ buku. adukan barang yg diaduk (spt simen, pasir dan kapur). pengadukan perbuatan atau hal mengaduk. pengaduk alat utk mengaduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu.Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan  bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal.Lain-lain10.01.2008
1) masalah penggunaan bahasa bercampur aduk dalam ranah bahasa rasmi 2) apa maksud promsi istilah natif? 3)apa maksud promosi status bahasa? 4)apa maksud bahasa wilayah/bahasa antarabangsa? 5)apakah perancangan menaik taraf bahasa dalam akta, penjawatan awam, peperiksaan awam, ejaan, sebutan, tatabahsa, an kamus?Saudara boleh merujuk makalah atau tulisan-tulisan tentang masalah yang dikemukakan dalam majalah,buku tentang perancanagan bahasa dan akhbar tempatan atau rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP.Lain-lain22.03.2008
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih.Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis".Lain-lain25.03.2007
Definisi kecelaruan bahasa.Kecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh".Makna04.07.2006
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya?Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing.Makna21.07.2008
apakah maksud kerancuan bahasaMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan  bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.    Lain-lain20.03.2008
boleh kah kita mengunakan perkataan cacarmarba dalam karangan?Menurut Kamus Dewan, cacamarba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian. Kata ini boleh digunakan dalam karangan. Untuk makluman saudara, ejaan kata yang betul ialah cacamarba, bukan cacarmarba. Untuk membantu saudara, contoh ayat bagi kata ini ialah Akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan cacamarba yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain26.01.2007
sila berikan maksud sebenar bahasa rojak dan terangkan dengan lebih terperinci.Terima Kasih.Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul.Makna09.03.2008
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran.    Makna13.03.2008
definisi kecelaruan bahasaKecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh".Makna09.02.2010
123

Kembali ke atas