Saya mempunyai kekeliruan tentang adverba. Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada disebutkan tentang adverba. Adakah adverba wujud dalam Bahasa Melayu. Terdapat berita mengatakan adverba akan dibincangkan pada edisi buku seterusnya. Saya perlukan sedikit penjelasan. Terima Kasih. | Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masadan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. | Tatabahasa | 02.04.2008 |
Mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu? (merujuk dalam buku tatabahasa terbaharu) | Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba mrnerangkan lebih kepada keadaan. (Contoh perlahan-lebih kepada cara atau gaya). | Lain-lain | 09.03.2007 |
salam...saya agak kurang faham dengan kata adverba. soalan saya, adakah setiap perkataan selepas kata kerja merupakan kata adverba ? Adakah setiap kata adverba itu perlu diikuti selepas kata sendi nama?? | Untuk lebih memahami kata adverba kita perlu memahami fungsi kata tersebut iaitu menerangkan kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama, contohnya; "Beliau selalu memperkatakan hal itu", "Anaknya datang ke sini diam-diam". Kedua-dua contoh ini kata adverba yang menerangkan kata kerja dan jika diperhatikan kata adverba dapat hadir sama ada sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (kata kerja). Contoh lain; "Kami serat-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu" dan "Orang tua itu itu selalu ke tepi tasik menyendiri". kata adverba yang merangkan frasa sendi nama. Kata adverba juga dapat hadir sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (frasa sendi nama - bukan kata sendi nama). | Tatabahasa | 11.03.2009 |
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih. | Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja. | Tatabahasa | 07.04.2008 |
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? | Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Adakah kata adverba tergolong dalam jenis golongan kata | Kata Adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama. sifat. Untuk keterangan lanjut tentang kata adverba sdr boleh membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 287-289). | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Saya difahamkan bahawa kata adverba telah diguna pakai dan telah dimasukkan dalam buku Tatabahasa Dewan yang baharu? Adakah benar? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penjelasan tentang kata adverba ini dalam waktu yang singkat ini? terima kasih | Kata adverba telah dimasukkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 289) sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Saudari perlu merujuk buku ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana keterangannya memerlukan huraian dan contoh untuk lebih mudah difahami. | Tatabahasa | 24.02.2009 |
Assalamulaikum dan Salam Ramadhan. Saya ingin menanyakan mengenai KATA ADVERBA yang baru dimasukkan dalam TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. Saya kurang memahami mengenai Kata Adverba dan kekadang saya amat keliru dengan kata baharu tersebut | Kata Adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja (Beliau selalu memperkatakan hal itu), kata adjektif (Badannya sentiasa sihat), atau frasa sendi nama (Kami serta-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Liku-liku Bahasa (Nik Safiah Karim) | Tatabahasa | 05.09.2008 |
salam, frasa manakah yang lebih tepat "hal ini" dengan "hal ini demikian"? | Frasa yang tepat ialah "hal ini" atau yang lebih lengkap ialah "hal ini terjadi demikian kerana", iaitu hal ini sebagai subjek (Frasa Nama) + terjadi (Kata Kerja) + demikian (Adverba) kerana Adverba mesti didahului Kata Kerja atau Kata Sendi Nama. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
JURNAL ADVERBA | Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kata adverba, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 287-289), buku Liku-liku Bahasa (Nik Safiah Karim), Eksiklopedia Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar). Saudari juga boleh membuat rujukan di perpustakaan awam. | Lain-lain | 16.03.2010 |