Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (act) pengiklanan: direct ~, pengiklanan langsung; mass ~, pengiklanan massa; 2. (business, profession) /bidang, lapangan/ pengiklanan: a career in ~, kerjaya dlm bidang pengiklanan; ~ agency, /agensi, syarikat/ pengiklanan; ~ campaign, kempen pengiklanan; ~ department, jabatan iklan; ~ manager, pengurus iklan; ~ medium, media pengiklanan; ~ slogan, cogan kata iklan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata advertising


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.

Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya".

Istilah07.07.2011
Hello, I would like to apply for signs advertising banners. I need your seal. Thank youUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.06.2014
Apakah perkataan yang betul untuk 'BARU'. Is it BARU or BAHARU? Most of the advertising esp on TV commercial lately are using perkataan BAHARU instead of BARU. I need clarification, which one is the official and correct word to use in all communication (TVC, Billborad, Newspaper, brochure. leaflet etc). Need your advise asap. Thanks!Perkataan "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul dan mempunyai maksud yang sama. Rujuk Kamus Dewan: kata "baharu" merujuk "baru" iaitu belum (tidak) ada sebelumnya atau yang belum lama wujud. Namun, dalam penggunaannya terdapat perbezaan, iaitu bagi maksud just, contoh: Dia baru sampai dari Pulau Langkawi; dan bagi maksud new, contoh : Ali membeli baju baharu.Istilah18.03.2009
Apakah perkataan/frasa yang sesuai untuk "micro-moments" dan "programmatic push". Frasa-frasa ini selalu kita jumpa dalam teks berkaitan Programmatic Advertising.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "micro-moments" dan "programmatic push". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mikromomen dan tolakan programatik. Istilah26.01.2017
Hello, I would like to ask if there's a new word / term that we want to register to be used in all our advertising materials, how do we do it? How do I proceed with submission or request ? The term that we are looking at is "Slofie" which is created by our partners in USA. I understand that "Swafoto" is being used for "Selfie" and it was registered officially in DBP. Please let me know. Thanks.Tuan, sila kemukakan cadangan tuan melalui link di bawah. Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan cadangan, tuan perlu mendaftar terlebih dahulu.

http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx
Istilah20.09.2019
sejarah awal dunia pengiklananSila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 .Lain-lain16.11.2007

Kembali ke atas