| Salam. Apakah padanan istilah BM yang sesuai untuk "affiliated high school" seperti Affiliated Senior High School of National Taiwan Normal University (https://en.wikipedia.org/wiki/Affiliated_Senior_High_School_of_National_Taiwan_Normal_University) dan High School Affiliated to Renmin University Of China (https://en.wikipedia.org/wiki/High_School_Affiliated_to_Renmin_University_of_China)? Adakah "Sekolah Menengah Gabungan National Taiwan Normal University" atau "Sekolah Menengah Berhubung Renmin University Of China" sesuai digunakan? Nama universiti China/Taiwan harus dikekalkan dalam bahasa Inggeris (memandangkan nama rasmi Inggeris dibekalkan dalam laman rasmi universiti) atau boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu? Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah affiliated high school ialah sekolah menengah bersekutu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 05.08.2023 |
| Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |
| Adakah syarikat gabungan terjemahan yang betul untuk Affiliated Company? Rakan sekerja saya berpendapat bahawa syarikat tergabung adalah terjemahan yang betul. Salam Sejahtera. | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah syarikat gabungan. | Istilah | 17.12.2010 |
| Apakah padanan untuk "co-selling"? Adakah ia sama seperti 'syarikat gabungan'? | Tidak ada padanan co-selling dalam pangkalan data kami. Sayrikat gabungan dalam bahasa Inggeris ialah affiliated company. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.02.2015 |
| Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school." | Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas" | Makna | 21.03.2022 |