Istilah "kinship affiliation", adakah perkataan "afililiasi" tersalah eja? Mohon semak. | Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "kinship affiliation" ialah afiliasi persanakan. | Istilah | 07.09.2016 |
Tuan/Puan, Apa padanan "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "9. (1) The University may, with the prior written approval of the Minister- (a) conduct any course of study jointly or in association, affiliation, collaboration or by way of franchise or otherwise, with any University, University College, higher educational institution, or professional body, or any organization, within or outside Malaysia; and" Sekian, terima kasih. | Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan: in association: berkaitan, berhubung, bersama-sama affiliation: bergabung Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 06.10.2021 |
Tuan/Puan, Apakah padanan untuk "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "in association" diterjemahkan sebagai "bersama-sama", manakala "affiliation" diterjemahkan sebagai "penggabungan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2021 |
Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi ayat di bawah: "No organization, body or group of students whether established by, under or in accordance with this Act, shall have any affiliation, association or other dealing with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons-" Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |