1)Anak itu telah dihantar belajar di ... 2)Amira telah diberi bayaran yang agak... atau 1)Anak itu dihantar belajar di ... 2)Amira diberi bayaran yang agak... tuan/puan, yang mana satu betul penggunaannya, perlukah perkataan 'telah' wujud di situ...mohon pencerahan. | Dalam kedua-dua contoh ayat yang diberikan, kata "telah" boleh hadir atau tidak hadir dalam ayat tersebut kerana maksud ayat tersebut telah sempurna jika ditulis "Anak itu dihantar belajar di ... "dan "Amira diberi bayaran yang agak...". | Tatabahasa | 12.08.2015 |
Aslmkm tuan. Mana yg betul bagi gabungan kata penguat di bawah. 1. Agak ... sekali 2. Amat ... paling 3. Paling ... sekali 4. Agak ... sungguh atau smuanya salah. Harap dapat pencerahan drp tuan | Pola penggunaan darjah penghabisan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. ter- + amat/sangat + kata adjektif 2. amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali Agak bukan kata penguat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus". | Tatabahasa | 21.06.2011 |
Salam 1 Malaysia. 1. Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'ransang' dan 'rangsang'. 2. Adakah ayat berikut untuk penggunaan 'rangsang' betul? Penggunaan TMK dalam pengajaran dapat merangsang minat murid. Terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah rangsang. Perkataan ransang tiada dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 25.03.2013 |
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya? | 1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur). | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Salam Sejahtera, 1. Rajin agak anak Pak Wahab mengemas bilik. 2. Minah ialah murid yang paling pandai sekali di dalam kelas. 3. Saiful teramat suka makan nasi dengan lauk asam pedas. 4. Disiplin SJK C Pei Hwa sungguh baik sekali. Ayat yang manakah betul dan tepat. Terima kasih. | Waalaikumusalam. Ayat yang betul dan tepat ialah ayat nombor 3 dan 4 | Lain-lain | 19.07.2016 |
1.Lelaki itu jatuh...............apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar A.terduduk B.tersandar C.terjelepok D terperosok tolong berikan jawapan yang tepat tuan? | Lelaki itu jatuh terjelepok apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. Perkataan terjelepok lebih sesuai kerena bermaksud jatuh terduduk. | Tatabahasa | 26.04.2011 |
ayat mana yg betul? 1)mulutnya tu kurang ajar 2)mulutnya tu kurang sopan | Istilah kurang ajar atau kurang sopan agak kurang tepat digunakan kerana ia membawa maksud yang agak umum sebenarnya. Kami mencadangkan agar istilah seperti biadap atau lancang digunakan untuk melengkapkan ayat di atas. | Istilah | 19.04.2011 |
1."Tolong tulis nama pada/di buku". 2."Rumah saya terletak agak jauh dari/daripda sekolah". Manakah penggunaan kata sendi nama yang tepat? | Penggunaan kata sendi nama yang tepat ialah: 1. "Tolong tulis nama pada buku. 2. "Rumah saya terkerletak agak jauh dari sekolah. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | 1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek (dengan hasil jualan tersebut) - predikat 2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat | Tatabahasa | 18.04.2013 |