Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak besar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Lelaki itu jatuh...............apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar A.terduduk B.tersandar C.terjelepok D terperosok tolong berikan jawapan yang tepat tuan?Lelaki itu jatuh terjelepok apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. Perkataan terjelepok lebih sesuai kerena bermaksud jatuh terduduk.Tatabahasa26.04.2011
Assalamualaikum.. masih adakah Kamus Besar Arab-Melayu Dewan di DBP.. jika ada bagaimana untuk saya dapatkannya dalam jumlah yang agak besar.. terima kasih.. saya mengharapkan maklumbalas positif daripada pihak Tuan/PuanMohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kamus tersebut.Lain-lain29.12.2015
Assalamualaikum! 1. Saya ingin bertanya penjodoh bilangan 'sebuah'. Apakah kriteris perkataan yang boleh digandingkan dengan 'sebuah'? 2. Bolehkah sebuah cerita, sebuah kemalangan dan sebuah banjir? Terima kasih

1. Penjodoh bilangan "buah" digunakan untuk merujuk benda-benda yang bersaiz besar dan agak besar (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti seperti rumah, kereta, almari, buku dan sebagainya.

2. Dalam konteks ini, tidak perlu diberikan penjodoh bilangan.

Tatabahasa14.08.2010
Saya ada dapat jawapan bahawa "Lookbook" ialah kana nama khas. Apakah yang sesuai jika ianya bukan kata nama khas? "A lookbook is a collection of photographs compiled to show off a model, photographer, style, stylist, or clothing line"

Sekiranya “Lookbook” bukan kata nama khas, maka padanan istilah yang sesuai bagi “Lookbook” ialah katalog (Jika mengandungi harga produk atau bayaran perkhidmatan yang berkaitan). Sekiranya “Lookbook” tersebut hanya mengandungi gambar, ilustrasi atau rajah sahaja, kami mencadangkan istilah portfolio, iaitu bekas mudah alih, berupa beg yang agak besar, nipis dan leper untuk diisi kertas, dokumen, lukisan dan sebagainya. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah20.02.2020
Apakah beza makna (jika ada) antara silih berganti dengan bersilih ganti? Atau adakah salah satu sahaja yang gramatis? [Ruang Khidmat nasihat digunakan secara yakin oleh pengguna seperti saya. Malangnya, terdapat percanggahan jawapan yang amat ketara antara jawapan-jawapan yang diberikan. Tidak tekal.] [Kedua, saya bertanya melalui Khidmat Nasihat ini dengan harapan dimuatnaikkan ke dalam ruang tersebut kerana belum ada "posting"/pertanyaan sedemikian. Hal ini dapat membantu pengguna lain jika dicari menerusi ruang itu kelak.] Sekian, terima kasih.

Kata 'silih berganti' dan 'bersilih ganti' mempunyai makna yang sama, iaitu bergilir-gilir atau berganti-ganti. Kedua-dua kata tersebut betul dan boleh digunakan sebagai pilihan. Untuk makluman saudara, kami berusaha untuk memantapkan jawapan dalam Arkib Khidmat Nasihat Bahasa. Oleh kerana jumlah soalan yang agak besar (mulai September 2006 hingga kini) kami memerlukan masa untuk memurnikannya.   

 

Tatabahasa09.02.2011
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik
Jawapan:
1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)
Tatabahasa10.04.2015
1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah______ A. Agak B. Nian C. Sekali D. Benar 2. Datuk tidak bersetuju_____dengan pendapat ayah. A. Sangat B. Benar C. Nian D. Amat Apakah jawapan bagi kedua-dua soalan di atas? Minta penjelasan daripada tuan. Terima kasih.1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah___sekali___ 

 Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali.

2. Datuk tidak bersetuju___sangat__dengan pendapat ayah. 

Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa04.12.2013
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut? Ali berehat di bawah pokok besar yang __________. A redup B teduh Mohon beri penjelasan yang lanjut.Ali berehat di bawah pokok besar yang teduh. Namun ayat ini agak mengelirukan, ayat yang lebih baik ialah Ali berteduh di bawah pokok besar.  Mengikut Kamus Dewan, teduh bermaksud  terlindung daripada panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg teduh kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya;Tatabahasa25.08.2014
Saya terbaca satu soalan dalam buku latihan sekolah rendah, dan saya agak keliru dengan jawapan pilihannya. Doktor Arina mempunyai pengalaman yang_____________dalam bidang perubatan. A.mendalam B.luas C.mahir D.besar Saya keliru dengan jawapan A dan B dan ingin mendapatkan bantuan. Terima kasih!!!Jawapan yang tepat ialah pengalaman yang luas.Tatabahasa19.03.2008
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen.

Saudara,

Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar  selain makna berang dan marah.

Makna04.03.2010
123

Kembali ke atas