| bilakah penggunaan yang sesuai bagi 'dia' dan 'nya'? | Encik Ahmad Sabri, Soalan yang ditanyakan agak kurang jelas. Namun penggunaan dia dan nya dapat dibezakan penggunaan nya melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama)kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
| makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll). Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi ekonomi, pembangunan, industri dsb. | Makna | 30.05.2008 |
| "Mengubah suainya" - perlukah dieja rapat sebagai "mengubahsuainya"? Memandangkan "nya" ialah objek, bukannya imbuhan, mungkin tidak perlu dieja rapat, tetapi kelihatan agak janggal. | Ejaan yang betul ialah “mengubah suai“. Tukarkan “nya” kepada kata nama objek tersebut, contohnya “mengubah suai rumah.” | Tatabahasa | 21.11.2023 |
| Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
| KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci? | Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad. | Tatabahasa | 11.11.2010 |
| Salam, bolehkah tuan/puan terangkan bagaimana penggunaan 'di antara' dan 'antara' yang sebenarnya?saya agak keliru dengan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih. | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. | Tatabahasa | 05.11.2012 |
| perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
| Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
| Seperti yg kita tahu, karya sastera mempunyai lesen puitika yg membolehkan penulis tidak mengikut aturan tatabahasa. Tapi apakah penggunaan ia (bagi merujuk manusia iaitu ganti nama diri ketiga) ini dibolehkan dalam penulisan sastera seperi novl sehinggakan apabila dibaca, ayat tersebut agak ganjil. Apakah perlu diganti perkataan tersebut kepada 'dia'? Atau apakah ada ketetapan mengenai perkara ini? Terima kasih | Tidak perlu digantikan penggunaan ia kepada dia kerana kedua-duanya ialah ganti nama diri orang ketiga selain beliau, mereka, -nya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 86-87. | Tatabahasa | 12.09.2018 |
| apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan | Puan Jamiah, Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan" yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan. kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya | Makna | 06.03.2009 |