Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/.a.ga/] | اݢق٢

Definisi : 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/.a.ga/] | اݢق٢

Definisi : 1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak-agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum, nama saya azlin.. saya ingin bertanya..jika baru mendaftar KPBDBP, bagaimana saya nak tahu keputusan permohonan pendaftaran tersebut dan agak-agak berapa lama masa di ambil untuk menunggu keputusan pendaftaran? sebab saya baru mendaftar khidmat pengesahan bahasa tadi, jadi saya agak keliru sikit.. trima kasihPuan akan menerima e-mel yang menyatakan sama ada permohonan tersebut diluluskan atau tidak diluluskan. Sila masuk semula sistem dan klik menu permohonan. Bagi permohonan yang tidak disahkan, sila buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar semula permohonan tersebut. Bagi permohonan yang disahkan, sila klik pada "No. Pengesahan" untuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa. Permohonan akan diproses dalam tempoh satu hari dan bergantung pada jumlah permohonan yang terdapat dalam sistem.Lain-lain28.01.2014
Hi DBP Team, saya ingin bertanya jika ada apa-apa updates mengenai pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkenaan terjemahan 'Inverse ETF' pada 15/05/2019. Adakah pihak Tuan sedang berbincang atau bagaimana? Agak-agak bila ya saya boleh dapat jawapan? Terima Kasih & Selamat Berpuasa.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang.Istilah27.05.2019
apakah maksud simpulan bahasa bagi serkap jarang? saya sudah mencari di dalam kamus tapi tiada ,jadi saya berharap agar DBP boleh membantu saya .terima kasihMaksud  simpulan bahasa "serkap jarang" ialah menuduh (meneka dan lain-lain) secara sembarangan atau agak-agak sahajaMakna12.06.2016
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini?Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak.Makna11.02.2022
Perkataan yang manakah betul? A) menaksir B) mentafsirKedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul.  Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan.  "Menaksir" bermaksud  mengira atau menghitung jumlah, harga dan lain-lain atau maksud keduanya ialah menyangka atau mengagak dengan me­lihat-lihat keadaan; atau menilai secara agak-agak; atau mengagak. "Mentafsir" pula bermaksud menerangkan atau menjelaskan  maksud ayat Quran atau hadis, atau memberikan penjelasan atau me­nghuraikan sesuatu perkara.
Tuan/puan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa atau makna perkataan.
Lain-lain16.11.2016
Betulkah formulae Agak + Kata Adjektif + Sekali?Formula yang betul ialah Agak + Kata Adjektif
seperti contoh yang berikut:
1) Agak Dalam
2) Agak Cantik
Tatabahasa22.08.2023
Tuan, mengikut hukum tatabahasa dan maksud di dalam kamus, 'memberi' bermaksud menyampaikan sesuatu kepada seseorang atau melakukan perbuatan 'beri' kepada. Saya juga memaklumi bahawa 'memberi' terletak di hadapan objek bernyawa dan 'memberikan' terletak di depan objek tak bernyawa. Tetapi, bagaimana pula dengan ayat di bawah ini: "Hal ini perlu diberikan perhatian." 'Memberi' bermaksud sasaran, iaitu menyerahkan sesuatu kepada. 'Memberikan' pula bermaksud kausatif, yakni menjadikan sesuatu diberikan. Contohnya: Saya memberi emak penyapu itu bermaksud saya menyerahkan penyapu itu kepada emak, manakala saya memberikan penyapu kepada emak bermaksud saya menjadikan penyapu itu diberikan/diserahkan kepada emak. 'Memberi' menerima objek yang menjadi sasaran kepada perbuatan 'memberi', manakala 'memberikan' menerima objek yang dijadikan pemberian. Tetapi, ayat di atas, iaitu "Hal ini perlu diberikan perhatian" akan bermaksud "Hal ini perlu dijadikan pemberian kepada perhatian".Walaupun tiada kata sendi nama 'kepada', tetapi agak-agak maksud akan menjadi begini dengan kehadiran 'diberikan'. Saya kira bahawa ayat ini patut dibetulkan menjadi: "Hal ini perlu diberi perhatian". Yang menjadi sasaran untuk diberi perhatian ialah 'hal itu', bukan 'hal itu' menjadi pemberian (sesuatu yang diberikan) kepada 'perhatian'. Jadi, peraturan 'memberi - objek bernyawa, memberikan - objek tidak bernyawa' tidak boleh dipatuhi sepenuhnya. Betulkah perkiraan saya ini tuan?Ayat "Hal ini perlu diberikan perhatian" ialah ayat pasif.  "Diberikan perhatian" dipasifkan daripada "memberikan perhatian".  Ini bermakna ayat ini mengikut peraturan, iaitu akhiran kan diikuti dengan sesuatu yang tidak bernyawa. "Perhatian" ialah sesuatu yang tidak bernyawa. Jadi salah jika ditulis memberi perhatian, dan apabila dipasifkan menjadi diberi perhatian.Tatabahasa16.11.2014
Agak mengelirukan penggunaan 2 perkataan berasingan yang memberikan satu maksud. Contohnya, 'reka bentuk' vs 'rekabentuk' (design). Kenapa tidak wujudkan 2 perkataan sedia ada untuk digabungkan membawa 1 maksud baharu? Contoh, 'matahari' vs 'mata hari'. Bukankah lebih senang untuk ingat dan guna.Saya kurang jelas dengan pertanyaan tuan. Untuk makluman, ejaan yang betul ialah reka bentuk, bukan rekabentuk. Sekiranya "rekabentuk" ini ditemukan dalam mana-mana teks atau data, itu ialah ejaan yang tidak tepat.Ejaan23.05.2021
agak kebiru-biruan.(BETULKAH AYAT INI?)kebiru-biruan ...

Perkataan agak tidak perlu dimasukkan kerana kebiru-biruan bermaksud agak biru; seakan-akan biru.
Tatabahasa24.09.2012
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurusAyat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus".Tatabahasa21.06.2011
12345678910...

Kembali ke atas