| hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ. | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru. | Ejaan | 04.09.2012 |
| Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak sekolah tentang perkara ini. | Makna | 08.08.2008 |
| hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar? | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru. | Ejaan | 05.10.2012 |
| Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut; | 1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. 2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. | Ejaan | 23.07.2012 |
| apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu | Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |
| pertanyaan tentang penggunaan huruf besar: Mengapa penggunaan huruf besar bagi istilah 'Hari Raya Puasa' adalah untuk ketiga-tiga perkataan jika dibandingkan dengan hari Deepavali? | Mengikut buku Kamus Dewan, Deepavali bermaksud hari perayaan/besar bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Maka perkataan hari sebelum kata nama khas ‘Deepavali’ merupakan kata am sahaja. Berbeza dengan ‘Hari Raya Puasa’ kerana kata ‘hari’ merupakan sebahagian daripada kata nama khas ‘Hari Raya Puasa’. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
| Adakah penggunaan perkataan "Yama" dalam ayat: "Apa yang dicipta untuk manfaat masyarakat sejagat telah menjadi "Dewa Yama" kepada manusia." ? | Untuk makluman, perkataan Yama tidak wujud dalam data pangkalan kami. Jika dilihat penggunaan Yama dalam contoh ayat ialah merujuk kepada dewa akhirat dalam agama Hindu. Menurut kepercayaan Hindu, yama ialah dewa yang pertama yang akan dijumpai oleh roh orang mati semasa menuju ke wilayah syurga. | Makna | 18.05.2018 |
| Bidang Sukan Apakan ejaan sebenar bagi kabadi dalam teks BM dan BI. | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) belum merakamkan maklumat berkaitan acara sukan kavadi atau kabadi. Yang terakam hanya kata: kavadi كاۏادي kata nama benda berhias yang diusung atas bahu oleh penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam untuk memuja Dewa Subramaniam. | Ejaan | 14.11.2024 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ejaan bagi 1. hari Deepavali 2. Hari Deepavali Yang mana satu betul? Selain itu, perlukah kita menggunakan huruf besar bagi nama tarian seperti tarian ngajat dan tarian singa? Terima kasih. Drp: Wu | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu. Dalam ayat, tarian ngajat, tarian singa dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.08.2014 |
| Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit? | Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. | Lain-lain | 24.08.2023 |