1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ? | 1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 30.11.2009 |
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. | Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb.. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
i)apakah perbezaan menjinjing dgn membimbit. ii)perkataan yang sesuai untuk agar-agar ialah gebu atau lembut | Makna bagi kedua-dua perkataan tersebut adalah sama. Maksudnya ialah membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Perkataan yang sesuai bagi agar-agar ialah lembut. Harap maklum. | Makna | 18.08.2007 |
Agar-agar yang dimasak oleh ibu telah -------------. a.memejal b. melekit c.mengering d.mengental. Yang manakah yang betul ? | Jawapan yang betul ialah mengental yang bermaksud hampir beku. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 742. | Makna | 14.05.2008 |
bolehkah saya nak tanya soalan ? ”mencadangkan agar“ atau bercadang agar” atau kedua-duanya pun betul ? mendoakan agar atau berdoa agar? | Pnggunaan agar dalam kedua-dua frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 03.12.2013 |
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'? | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas. | Makna | 06.02.2019 |
1.apakah maksud perkataan 'tus'? | Menurut data kami, perkataan tus bermaksud bunyi seperti bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yang dibasuh dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat untuk mengetuskan (pinggan mangkuk dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 18.03.2019 |
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama? | "agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
agar lesen banner kami dapat dipasang secepat mungkin. | Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 10.09.2014 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA AGAR DENGAN SUPAYA | Agar dan supaya sama maknanya. | Makna | 08.08.2008 |