Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan atau syarikat yg menye­dia­kan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket peng­angkutan, memberikan maklumat desti­nasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melan­cong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancong
Kata Terbitan : melancong, pelancongan, pelancong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya buat Signboard office untuk Agensi Pelancongan. Sekarang Agensi Pelancongan disuruh tukar kepada Khidmat Pengangkutan. Macam mana kalau saya jual pakej pelancongan sahaja tanpa perkhidmatan pengangkutan? Apa ligiknya? Saya pun tak paham. Kan agensi pelancongan merangkumi semua servis yang cover dalm industri ini?Adakah tuan maksudkan berkenaan dengan perkhidmatan DBP Sah Bahasa? Jika ya, sila salurkan persoalan tersebut berserta dengan nombor pendaftaran iklan melalui portal dbpsahbahasa.my (Aduan) atau hubungi talian 03-21479100/9200.
Lain-lain13.12.2024
Apakah terjemahan untuk "ground arrangement" iaitu istilah yang biasa digunakan dalam industri agensi pelancongan? Cadangan saya ialah "pengaturan darat" atau "pengaturan atas tanah". Mohon khidmat nasihat untuk istilah yang bertepatan.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Istilah24.02.2019
Saya ingin tahu jika ada makna lain utk perkataan "attachment" dalam BM selain drpd perapatan (atau yg blh didapati dlm kamus sedia ada). Saya ingin cuba dapatkan makna dalam bahasa klasik.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, attachment bermaksud n 1. means of attaching, penyambung; 2. affectionate regard, a. (to a person) rapat: he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency, dia menjadi rapat dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah agensi pelancongan; b. (to an animal) sayang akan; c. (to a country) rasa cinta: his ~ to the old country was obvious, rasa cintanya terhadap negara asalnya nyata sekali; 3. object (to be) attached, alat tambahan: a lathe with a drilling ~, mesin larik serta alat tambahan utk menggerudiMakna26.08.2013

Kembali ke atas