Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. nimble, tangkas, lincah: her ~ fingers flew over the keyboard, jari-jarinya yg tangkas menari-nari di papan nada piano itu; 2. mentally alert, cerdas, pintar: an ~ mind, otak yg cerdas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agile


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi DBP Team, Saya ingin bertanya, apakah maksud "stay agile" dalam contoh ayat ini: "To help increase their exposure and stay agile in rapidly changing markets" Terima kasih ya.Perkataan agile boleh diterjemahkan sebagai cerdas, lincah, pantas, cepat dan tangkas. Puan boleh sesuaikan mengikut konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan15.05.2019
Apa maksud "agile methodology" dalam Kamus Komputer?Padanan umum bagi agile methodology ialah metodologi/kaedah tangkas.Makna15.11.2010
What are the terms below in Bahasa Malaysia? 1. Agile Execution 2. Business Process Re-engineering and streamlining 3. Data Warehouse ManagementKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Agile Execution: Perlakuan Lincah

2. Business Process Re-engineering and streamlining: Penggarisarusan dan Perekayasaan Semula Proses Perniagaan

3. Data Warehouse Management: Pengurusan Gudang Data

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah01.04.2021
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Tema:
i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan
ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan
iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan 

Subtema:
● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan
● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif
● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19
● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?)


Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut.
Tatabahasa30.01.2021

Kembali ke atas