Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; Yang di-Pertuan ~ gelaran utk Ketua Negara Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agong

Peribahasa

378

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Lain orang, lain pendapat

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? -Yang Dipertuan Agong -Yang Di-pertuan Agong -Yang di-pertuan Agong -Yang di-Petuan AgongEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan04.03.2016
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ?Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan07.08.2014
Adakah tepat penggunaan perkataan "Agong" seperti dalam ayat: "Agong merupakan ketua negara di negara kita?". Sekiranya tidak tepat, adakah penggunaan penulisan ayat tersebut sesuai untuk diajarkan kepada kanak-kanak bawah 6 tahun, kerana mungkin rumit bagi mereka untuk mengingati terma "Yang di-Pertuan Agong".

"Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" merupakan gelaran untuk Ketua Negara Malaysia yang digunakan merujuk kepada pemakaian gelaran. Namun, dalam konteks umum, perkataan "Agong" boleh digunakan bagi merujuk kepada "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong", seperti contoh ayat yang berikut:

 "Esok cuti kerana hari jadi Agong."

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 23.

Lain-lain30.07.2024
Adakah tepat penggunaan perkataan "Agong" seperti dalam ayat: "Agong merupakan ketua negara di negara kita?". Sekiranya tidak tepat, adakah penggunaan penulisan ayat tersebut sesuai untuk diajarkan kepada kanak-kanak bawah 10 tahun, kerana mungkin rumit bagi mereka untuk mengingati terma "Yang di-Pertuan Agong".

"Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" merupakan gelaran untuk Ketua Negara Malaysia yang digunakan merujuk kepada pemakaian gelaran. Namun, dalam konteks umum, perkataan "Agong" boleh digunakan bagi merujuk kepada "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong", seperti contoh ayat yang berikut:

 "Esok cuti kerana hari jadi Agong."

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 23.

Lain-lain30.07.2024
Beza perkataan Agong dan AgungBezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung).Lain-lain31.03.2010
Sila bagi penjelasan tentang ejaan AGUNG dan AGONG.Bilakah ianya digunakan?Agong hanya khusus untuk pemakaian Yang di-Pertuan Agong. Agung digunakan untuk pemakaian umum.Ejaan09.08.2006
apa beza antara "agong" dengan "agung"??Bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua, seperti mesyuarat agung.Makna29.05.2011
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi ayat berikut: Dewan Agong Tuanku Canselor atau Dewan Agung Tuanku Canselor. Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'Agong' dan 'Agung'. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Dewan Agung Tuanku Canselor, Agong khusus kepada Yang di-Pertuan Agong.Tatabahasa09.10.2012
Bolehkah kita menggunakan perkataan Agong sahaja tanpa gelaran Yang di-Pertuan di hadapan perkataan Agong dalam penulisan artikel pendek?Dalam perspektif penulisan artikel sama ada pendek atau panjang, gelaran Yang di-Pertuan perlu diletakkan di hadapan perkataan Agong sebagai merujuk pada panggilan hormat.Lain-lain31.07.2024
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong".Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongEjaan14.05.2007
12345678

Kembali ke atas