Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gré.sif] | اݢريسيف

Definisi : (agrésif) cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb); keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal; pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan yg agresif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gré.sif] | اݢريسيف

Definisi : /agrésif/ bersifat suka melawan atau suka menentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agresif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu?Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan.Istilah17.05.2011
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009

    Kembali ke atas