Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul? | Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 02.05.2012 |
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'? Terima kasih. | Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat. | Istilah | 26.04.2010 |
Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu pada hari Ahad atau Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu hari Ahad. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Menurut rekod data kami kedua-dua penggunaan ayat betul. | Tatabahasa | 18.04.2020 |
perbezaan antara perkataan menanya and bertanya Ayat yang manakah betul ? Ayat: 1. Pada hari Ahad, Ana bertanya kepada ibunya... 2. Pada hari Ahad Ana menanya ibunya... | Menanya bermaksud bertanya kepada; dan bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu. Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |
Adakah saya seperti berikut adalah betul dan tolong cadangkan jawapan yang sesuai: 1. Sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. atau Sekolah saya telah mengadakan hari kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. atau Bapa saya adalah seorang guru. inilah masalah yang saya biasa hadapi semasa mengajar penulisan. sebab buku rujukan yang lain memberikan jawapan yang berlainan. | Cadangan jawapan yang betul ialah 'sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. Harap maklum. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad." | Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut: 1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. (atau) 2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. | Tatabahasa | 05.04.2020 |
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasih | Pandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Apakah ejaan bagi Ahad? احد atau اهد | Ejaan yang betul ialah احد .
| Ejaan | 04.05.2014 |