yang manakah betul? Aristotle atau Aristoteles | Ahli falsafah Greek yang terkemuka ialah Aristotle. | Lain-lain | 07.05.2015 |
apakah maksud pendapat(opinion) dan berikan beberapa contoh2 pendapat serta berikan beberapa ahli falsafah yang mempunyai padangan terhadap perkataan ini??? | Pendapat ialah fikiran; pandangan; anggapan. Untuk maksud yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 19.09.2010 |
Bolehkah "mahakarya" digunakan untuk perkara selain karya, filem dan novel? Contohnya "masterpieces of military history" diterjemah menjadi "mahakarya sejarah tentera". | Terjemahan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah yang terbaik, sejarah tentera yang terbaik. Mahakarya digunakan dalam konteks karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain) pada sesuatu zaman. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan. | Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2008 |
assalamualaikum. sy ingin bertanya berkenaan kata-kata sarjana. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sarjana? dan bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu diiktiraf sebagai seorang sarjana yg membolehkan kita memetik kata-kata beliau utk dimuatkan dalam sesebuah esei yg dikarang | Sarjana yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bijak pandai ataupun digelar cendekiawan. Tiada batas yang ditetapkan untuk mengiktiraf seseorang sebagai cendekiawan tetapi dalam hal memetik kata-kata sarjana lazimnya kita memetik kata-kata tokoh yang sememangnya ahli dalam bidang tertentu seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Nuruddin Al-Raniri dalam bidang falsafah dan ulama dan Sasterawan Negara. | Lain-lain | 07.06.2011 |