Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli jawatankuasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keputusan yang ( beliau ambil ) mendapat sokongan sebulat ( daripada ) ahli-ahli (jawatankuasa ) badan itu. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah ( beliau ambil ) dan apakah perkataan yang sesuai digunakan?Ayat tersebut dikategorikan sebagai ayat pasif kerana menggunakan kata kerja pasif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Ayat yang betulnya ialah 'keputusan yang diambil oleh beliau mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli-ahli jawatankuasa badan itu.Tatabahasa01.08.2008
macam mana hendak mengeja ahli jawatan kuasaAhli jawatankuasa dieja sebagai dua perkataan - {ahli} + {jawatankuasa}Ejaan20.09.2002
Tuan, Adakah istilah 'mesyuarat agung' hanya digunakan jika ada pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan? Bolehkah istilah 'mesyuarat agung' digunakan jika tiada pemilihan ahli jawatankuasa.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mesyuarat agung bermaksud perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll). Lazimnya mesyuarat agung yang diadakan terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli. Mesyuarat agung juga diadakan tidak semestinya untuk memilih ahli jawatankuasa.    

 

 

Istilah24.02.2010
Assalamualaikum. Istilah mana yang betul? 1. "Ahli jawatankuasa biro" atau "Ahli Biro"? 2. "Ahli jawatankuasa Lajnah" atau "Ahli Lajnah'? Sebab BIRO dan LAJNAH sudah mewakili JAWATANKUASA. Pada pandangan saya, yang betul adalah AHLI BIRO atau AHLI LAJNAH. Pohon pandangan. Terima kasih.Untuk makluman puan, biro dan lajnah melaksanakan fungsi seperti sebuah jawatankuasa yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kegiatan. Frasa yang betul ahli biro dan ahli lajnah.Istilah27.07.2015
ahli jawatankuasa PIBG akan ...........cadangan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid sekolah a)mencari-cari b)meminta-minta c)mengamat-amati d)mengagak-agakJawapan yang boleh diterima ialah (c) mengamat-amati kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengamat-amati bermaksud 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis.Tatabahasa08.09.2009
adakah perkataan ahli jawatankuasa boleh disingkatkan menjadi ajk saja dalam cerpen atau novel?Boleh disingkatkan menjadi  ajk.Tatabahasa07.12.2016
Saya adalah ahli jawatankuasa bahagian promosi di Universiti Malaya dimana saya ditugaskan untuk menggantung bunting di sekitar Kuala Lumpur. Soalan saya, adakah dibenarkan bunting menggunakan bahasa inggeris pada keseluruhan bunting? Soalan kedua bagaimana prosider untuk mendapatkan kelulusan bunting yang mana boleh dipamer atau tidak

Gegantung ("bunting") hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa Inggeris boleh dimasukkan sebagai bahasa kedua di sebelah bawah bahasa Melayu dan tulisannya hendaklah lebih kecil. Saudara boleh menghantar visual gegantung tersebut kepada Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui faks 03-21422029 untuk disemak penggunaan bahasa Melayu.

Lain-lain10.02.2010
SALAM 1 MALAYSIA apakah perkataan (Pengacara atau Juruacara) yang paling sesuai untuk menulis tugas dalam suatu ahli jawatankuasa dalam satu majlis? Pengacara majlis atau Juruacara majlis? terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud pengacara ialah orang yang mengacarai sesuatu acara, majlis dan sebagainya. Pengacara juga dikenali sebagai juruacara.Makna05.05.2016
Salam sejahtera. Bagaimana menentukan Kata Nama dieja dengan 1 perkataan (bertanggungjawab, warganegara, dll) dan 2 perkataan (ahli jawatankuasa, guru besar, dsb)? Apakah takrif dan panduan bagi penggunaan Kata Nama tersebut? Terima kasih.Kata majmuk iaitu gabungan dua perkataan atau lebih yang membawa satu makna dieja dalam dua perkataan seperti bola sepak dan rumah tangga. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang telah mantap dan dieja dalam satu perkataan seperti tanggungjawab, warganegara, olahraga dan pesuruhjaya.Tatabahasa05.04.2013
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
Tatabahasa23.01.2013
123

Kembali ke atas