Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
matematik (kata nama)
Bersinonim dengan aritmetik, ilmu hisab, kira-kira, algebra, kalkulus, geometri, trigonometri, perangkaan, statistik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Minta check ayat di bawah. 1)Puisi-puisi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang selepasnya. (perkataan yang harus dibuang?) 2)Beliau merupakan ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, dan pemuisi. (tanda , sebelum dan perlu ada atau tidak?? thanks :)1. Puisi-puisi beliau dipuji dan dibicarakan oleh para sasterawan Cina selepasnya.
2. Beliau ialah ahli astronomi, ahli matematik, pencipta dan pemuisi.
Tatabahasa25.08.2015
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012
Kami juga mengadakan ceramah tentang sains dan matematik. Adakah frasa sains dan matematk itu perlu tulis dengan huruf besar?Menurut data kami, sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.Ejaan05.04.2020
SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR

Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP>

 

1.  Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata PelajarIzawati Adlin NawiPelita Bahasa01/02/2003
2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan aktaAbdul Ghani AwangPelita Bahasa01/08/1996
3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umumAbdullah MajidDewan Bahasa01/11/1985
4. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, MatematikMohd. Nasir MahmudPelita Bahasa01/06/2003
5. Jika sains diajar dalam bahasa InggerisCikgu AndrodPelita Bahasa01/01/2001
6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikanKMHDewan Bahasa01/11/1985
7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik-Dewan Bahasa01/07/2002
8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik -Pelita Bahasa 01/07/2002
Lain-lain26.05.2008

Kembali ke atas