Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya nak tanya. Ayat yang mana betul: 1. Saya seorang ahli Parlimen. 2. Saya seorang Ahli Parlimen. Sekian, wassalam. | Saya seorang ahli Parlimen. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Assalamualaikum. Boleh saya bertanya apakah terjemahan bagi Speaker Dewan Rakyat dalam Bahasa Melayu? Saya perhatikan media arus perdana kita sering menggunakan istilah ini hatta di dalam dewan yang mulia di kalangan ahli-ahli parlimen. Terima kasih | Perkataan "Speaker Dewan Rakyat” sudah diterima pakai sebagai kata bahasa Melayu yang bermaksud pegawai yang menjadi pengerusi dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan NeĀgara). (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Istilah | 08.08.2020 |
SALAM. SAYA KURANG FAHAM TENTANG PENGGUNAAN YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA,YANG BERUSAHA DAN BEBERAPA LAGI YANG BERKAITAN. TERIMA KASIH. | Yang Berhormat (ditulis YB) ialah rujukan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri; Yang Berbahagia (ditulis YBhg.) ialah rujukan untuk individu yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri, Dato' Seri/Datuk Seri, Dato'/Datuk tetapi bukan wakil rakyat. Sapaan untuk Yang Berusaha lazimnya digunakan kepada pihak yang menganjurkan majlis/acara seperti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia, Mokhtar Mohd. Tohar/Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP. | Lain-lain | 19.03.2010 |
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK? | YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINET | Lain-lain | 29.09.2010 |
APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN) | VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARAN | Lain-lain | 20.05.2011 |
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerah | Seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato' disapa sebagai "Tuan/Encik". | Lain-lain | 27.05.2011 |
Salam. Perkataan 'lawmakers' sering digunakan dalam berita Bahasa Inggeris. Contoh: 70 opposition lawmakers have signed a motion to debate... Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'lawmakers' di sini? Bolehkah 'ahli parlimen' digunakan dalam konteks tertentu sebagai terjemahan kepada istilah 'lawmakers'? Terima kasih. | Untuk makluman, "lawmakers' boleh diterjemahkan sebagai penggubal undang-undang dan ahli majlis undangan. Oleh itu, ahli parlimen boleh digunakan dalam konteks tertentu sekiranya memang merujuk kepada maksud tersebut. | Istilah | 20.03.2015 |
Salam. Yang mana lebih tepat : " Yang Berhormat - Yang Berhormat Dato' " atau "Yang Berhormat Dato'- Dato' "... situasinya : terdapat ramai YB-YB yang bergelar Dato', di samping VIP bukan YB bergelar Dato'.. | Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sapaan yang betul ialah Yang Berbahagia Dato'-Dato', Yang Berhormat Dato' -Dato' .... | Tatabahasa | 26.06.2012 |
penggunaan YH. (yang hormat) perlu diisi noktah atau tidak. contoh YH. atau YH sahaja. terima kasih. | Istilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat. Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |