Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sr kata utk menyatakan kehairanan: ~, sudah lama di sini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ai I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar?Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar?

Kata'ayah' ialah kata nama am hidup manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6 - Kata nama.
Tatabahasa15.01.2013
(a)Ai Ling menziarahi nenek di rumah.(b)Ai Ling menziarahi nenek di ruang tamu.~Bolehkah menziarahi "di rumah" atau "di ruang tamu"?Terima kasih.Ayat Ai Ling menziarahi nenek di rumahnya, boleh diterima. Tatabahasa18.03.2015
1)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya. 2)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumah Mohan. Ayat di atas yang mana satu tepat dan betul?Mengapa?Ayat yang betul ialah "Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya."


Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat tersebut, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga.
Tatabahasa30.07.2013
Adakah ejaan 'ai' dalam perkataan 'Malaikat' merupakan diftong? Atau itu merupakan vokal berganding? Terima kasih.Untuk makluman, ai merupakan diftong. Hal ini disebabkan diftong merupakan gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa28.12.2015
Salam. Penggunaan tanda koma yang manakah betul ? i) Siti, Saras dan Ai Ling pergi ke kedai. ii) Siti, Saras, dan Ai Ling pergi ke kedai.Penggunaan tanda koma yang betul ialah ayat pertama: i) Siti, Saras dan Ai Ling pergi ke kedai.Lain-lain19.10.2016
Adakah 'adik-beradik' termasuk pengarang sendiri ? Seperti contoh: Saya Ai Ling. Keluarga saya terdiri daripada 6 orang, iaitu ayah, ibu, kakak, abang, adik dan saya. Soalan : Berapa orangkah adik-beradik Ai Ling ? Apakah jawapannya? 3 orang atau 4 orang ( termasuk Ai Ling) ? Sekian, terima kasih.Adik-beradik termasuk diri orang yang bercakap.Tatabahasa25.06.2012
1)Ai Ling belajar dengan rajin. 2)Ai Ling rajin belajar. 3)Pekerja memetik daun teh dengan rajin. Adakah ayat-ayat ini betul?Ayat-ayat tersebut betul, cuma kurang cantik.  Antara ayat 1 dangan ayat 2, ayat 2 lebih gramatis, tetapi ini tidak bermakna ayat 1 salah.Lain-lain21.08.2014
adakah "buai", "buaian", "cuai" diftongDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Perkataan buai, buaian dan cuai adalah diftong.
Tatabahasa07.03.2017
Salam. Adakah perkataan "ai" dalam perkataan 'aiskrim ' itu itu merupakan vokal berganding? Terima kasihDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.

Perkataan ai dalam perkataan aiskrim merupakan vokal berganding.
Tatabahasa13.01.2014
24MP AI Camera 5.84 " Honor FullView Display Aurora Glass Design Ultrasonic Fingerprint product color is for reference only1. Kamera AI 24MP
2. Paparan Penuh Honor 5.84"
3. Reka Bentuk Cermin Aurora
4. Pengecam Cap Jari Ultrasonik
Lain-lain23.05.2018
123456

Kembali ke atas