Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
istilah bahasa melayu jenis kertas cat air (lukisan) 1.cold press paper 2.soft press paper 3.hot press paper

Tidak ada padanan bagi istilah tersebut dalam sumber rujukan kami. Mengambil contoh istilah hot press yang diberi padanan cetak panas, kami mencadangkan padanan bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut: cold press paper = kertas cetak sejuk, soft press paper = kertas cetak lembut dan hot press paper = kertas cetak panas.

Istilah05.09.2011
Yang manakah ayat berikut lebih tepat ? Saya tidak pasti guna meleleh atau mengalir lebih sesuai bagi air liur. (1) Air liur saya mengalir tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. (2) Air liur saya meleleh tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi.Perkataan yang sesuai ialah meleleh.Tatabahasa26.08.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkaitan translation dalam bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Air dried noodles 2. Plant-based noodles 3. Air dried broad noodles 4. Air dried slim noodles Perkataan ini adalah utk pelabelan makanan. Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu pihak kami. Sekian, terima kasih. Yg benar, Nurleeyana Khalil

Cadangan padanan terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Air dried noodles: Mi kering

2. Plant-based noodles: Mi berasaskan tumbuhan

3. Air dried broad noodles: Mi lebar kering

4. Air dried slim noodles: Mi halus kering

Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan21.06.2023
Antara 4 ayat ini, yg manakah tepat? 1. Berikan dia air. 2. Beri dia air. 3. Beri air kepada dia. 4. Berikan air kepada dia. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah berikan air kepada dia, berikan dia air.Tatabahasa01.09.2021
Adakah perkattan "air" diftong atau vokal berganda? Terdapat percanggahan pada laman kidmat nasihat. Soalan tatabahasa bertarikh 13/1/2013 yang menggunakan pemenggalan air-air dan bukanya a-ir. Jawaban khidmat nasihat adalah diftong Tetapi pada soalan yang bertarikh 7/1/2013 untuk perkataan air. Jawaban khidmat nasihat adalah vokal berganding kerana dilafazkan sebagai a-ir. Mana yang betul?Jawapan terbaharu dalam Khidmat Nasihat Bahasa betul. Maklumat yang kami peroleh adalah darpada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Berlaku kesilapan fakta pada halaman 301 buku Tatabahasa Dewan dan hal ini akan diperbetulkan pada terbitan yang akan datang.Tatabahasa25.01.2013
Tuan, kata sendi nama "dari" atau "daripada" lebih sesuai digunakan dalam ayat di bawah? 1. Air mata terus merembes keluar dari/daripada mata saya. Pada saya, "mata saya" ialah sejenis tempat yang mengeluarkan air mata, jadi kata sendi nama "dari" patut digunakan. Apakah pandangan tuan?Ayat yang betul ialah Air <i style="mso-bidi-font-style: normal;">mata terus merembes keluar daripada mata sayai>. Frasa <i style="mso-bidi-font-style: normal;">mata sayai> merupakan sumber bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">air matai>, bukannya punca tempat (negeri, bandar, pekan, kampung dan sebagainya).Tatabahasa29.11.2014
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah:

Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas?
Tatabahasa22.10.2015
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Untuk bahagian badan, seperti kepala, kaki, mulut, jantung dsb, kata sendi yang betul ialah 'dari' atau 'daripada'? Contohnya: 1. Air liur mengalir keluar dari/daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari/daripada hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar dari/daripada jantung ke seluruh badan.1. Air liur mengalir keluar daripada mulutnya.
2. Saya memohon maaf dari hujung kepala ke hujung kaki.
3. Darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan.
Kata sendi nama "dari" digunakan bagi menunjukkan arah, tempat dan masa. Kata sendi nama "daripada" digunakan bagi menunjukkan sumber atau perbandingan.
Tatabahasa19.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas