| Salam sejahtera, 1.peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi, kata sendi nama 'ke' boleh digantikan dengan 'di'? iaitu, bagai mencurah air di daun keladi. (bolehkah kedua-dua jawapan itu diterima?) 2. Yang mana satu betul? 3. Sebahagian daripada murid-murid sekolah / murid sekolah sangat rajin.(yang mana satu betul) 4.Sebahagian daripada murid Satu Sopan / murid-muri Satu Sopan 。(yang mana satu betul) Terima kasih. | Untuk soalan pertama, cadangan jawapan yang sesuai ialah bagai mencurah air ke daun keladi manakala untuk soalan kedua, jawapan yang betul ialah Sebahagian daripada murid-murid sekolah sangat rajin. Untuk soalan ketiga, yang betul ialah Sebahagian daripada murid-murid Satu Sopan. | Tatabahasa | 23.03.2021 |
| Peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi atau bagai mencurah air di daun keladi? Yang mana betul? | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Oleh itu, penggunaan peribahasa yang betul ialah "mencurah air ke daun keladi". | Tatabahasa | 09.05.2019 |
| 1.Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) bagai mencurah air ke daun keladi? 2. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) membanting tulang. 3. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) rajin macam semut. 4. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa jawapan yang betul bagi keempat-empat ayat di atas? Minta penjelasan.Terima kasih. | Ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Lain-lain | 09.03.2017 |