1. Adik kegigilan mandi air perigi yang sejuk. adakah ayat ini betul? sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah adik menggigil kerana mandi air perigi yang sejuk. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
apakah maksud 'seperti enau ditarik songsang','seperti anjing menyalak bukit','seperti semut di tepi perigi','menangguk di air keruh'yang terakhir sekali'berpatah arang berkerat rotan' | Maksud peribahasa berpatah arang berkerat rotan ialah memutuskan tali persahabatan (persaudaraan). Untuk mengetahui makan peribahasa yang lain sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan Kamus Peribahasa Kontemporari yang di susun oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Harap maklum. | Lain-lain | 19.06.2008 |
Tuan, jika Saya nak mengatakan `menimbakan seseorang dengan ilmu...'Adakah perkataan "menimbakan"wujud ? Sila menjelaskan dan membetulkan ayat Saya sekiranya Salah.Terima kasih. | Tidak ada perkataan menimbakan, yang ada ialah menimba. Menimba membawa beberapa maksud, iaitu: 1. mencedok air dari perigi dan lain-lain dengan timba; 2. membuang atau mengeringkan air dari perahu; dan 3. dikiaskan kepada usaha memperoleh ilmu sebanyak mungkin. Frasa yang betul "seseorang yang menimba ilmu...". | Makna | 06.04.2015 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |