| Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal. | Makna | 01.02.2014 |
| Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
| Makna | 18.05.2020 |
| Apakah maksud bahan almanak dan direktori? | Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum. 2. Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera. | Makna | 19.06.2009 |
| Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih | Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang lirik lagu yang betul. Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: Air pasang dalam Surut pukul lima Nyonya bangun pagi Siram pokok bunga Pokok bunga Melur Tanam tepi batas Itik bertelur ayam menetas Cik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit-jerit Naik kereta api sampai Kuala Lumpur Jumpa isteri comel terselit bawah dapur. | Lain-lain | 15.11.2021 |
| apakah maksud perkataan berikut beserta dengan contoh ayat a) pasang siap b) pasang besar c) pasang layar d) pasang turun e) pasang iklan f) pasang jaga | a. pasang siap = yang dibina atau dibuat dengsn mengena-ngenakan atau mencantum-cantumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu. b. pasang besar = air pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh); c. pasang layar = menaikkan (mengenakan) layar d. pasang turun = air laut (sungai) surut atau turun e. pasang iklan = memasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain); f. pasang jaga = menempatkan (mengadakan) jaga. | Makna | 13.02.2013 |