Salam, saya ingin bertanya tentang rangkai kata 'air tangan'?Adakah 'air tangan' itu merupakan rangkai kata biasa atau simpulan bahasa? Apakah kategorinya? Jika dalam perbualan sehari-hari, kita menyelitkan 'saya rindu akan masakan air tangan ibu'. Jadi, adakah perkataan yang digunakan itu salah? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. | Air tangan termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa yang bermaksud hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan.
| Makna | 05.09.2013 |
betulkah air tangan bermaksud masakan ? | Air tangan termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa yang bermaksud hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan. | Makna | 26.08.2014 |
Apakah maksud simpulan bahasa 'air tangan'? | Hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan. | Makna | 05.11.2007 |
Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya. | Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan. | Lain-lain | 16.01.2019 |
Digital watermarking jika di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia yang manakah lebih tepat: 1. penandaan genang digital 2. penandaan air digital 3. tanda tangan digital atau 4. teknik penanda air | Istilah bahasa Melayu untuk "digital watermarking" ialah tera air digital atau peneraan air digital. | Istilah | 20.04.2017 |
Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven | 1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284. 2. Anda merupakan kata ganti nama kedua. 3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah. 4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 5. Dalam tangan kerajaan | Tatabahasa | 08.11.2015 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |
Assalamualaikum, apakah maksud menyelati? Contoh penggunaan: menyelati jari tangan, jari kaki, misai dan janggut (biasanya digunakan dalam istilah berwuduk) Terima kasih. | Maksud menyelati mengikut penggunaan istilah dalam berwuduk ialah melalukan air atau membersihkan di celah-celah jari tangan, jari kaki, misai dan janggut. | Makna | 20.07.2019 |
Adakah betul secara istilahnya menggunakan perkataan 'mengaut' didalam konteks ayat ini. Saya mengaut air sungai dengan baldi . saya berpendapat mencedok tidak tepat jika digunakan dengan kata nama baldi kerana cedok adalah untuk kuantiti yang sedikit seperti sendok atau cetung. Mohon jawapan dan nasihat. | Lazimnya perbuatan mengaut dilakukan dengan tangan (mengumpulkan dengan tangan), seperti mengaut pasir di pantai. Oleh itu, kata mengaut tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |