Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih. | Jawapan yang paling tepat seperti berikut: 1. Saya bekerja sebagai anggota polis 2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas) 3. Ejaan yang betul ialah kemas kini 4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu | Tatabahasa | 04.08.2017 |
Saya nak tanya antara ayat berikut yang mana lebih tepat. 1. "Wah, sungguh nian sejuk air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. 2. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Ayat (1.) adalah salah. Ayat yang betul ialah 1. "Wah, sungguh sejuk nian air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. Ayat (2.) adalah betul. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Buka fail gambar. Bagi contoh berikut, gambar yang digunakan adalah gambar air terjun di dalam bingkai / dalam bingkai. | Ayat yang gramatis ialah ... gambar air terjun di dalam bingkai .... | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Apakah jawapan jawapan yang betul untuk ayat ini ? Air ( dari/ daripada ) air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik. | Air daripada air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik. | Tatabahasa | 26.12.2014 |
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih | Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing. Ayat kedua yang betul ialah “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah “ Air terjun sangat sejuk” | Tatabahasa | 16.03.2018 |
apakah beza makna perkataan nian dengan paling dan amat? bagaimanakah menjawab soalan begini jika jawapan wujud semua sekali. contohnya... kawasan air terjun di hutan lipur itu indah____. a) nian b) amat c) paling d) terlalu | Nian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh dan berfungsi sebagai kata penguat belakang, manakala paling merupakan kata penguat hadapan, oleh itu ayat yang betul kawasan air terjun di hutan lipur itu indah nian. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul? | Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
apakah beza antara guruh dengan gemuruh? | Guruh bermaksud bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar. Gemuruh bermaksud bunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar. | Makna | 09.08.2017 |
Tuan, Mohon keterangan daripada tuan ayat seperti berikut: 1. Sementara saya menunggu, ibu membeli kuih di pasar malam. 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas / besar. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar / jernih. 4. Saya menunggang basikal pergi ke / ke sekolah setiap hari kecuali hari(perlu huruf besar?) Sabtu dan Jumaat. | 1. Sementara saya menunggu ibu membeli kuih di pasar malam. - ayat ini tidak lengkap, tidak ada predikat 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas/besar. - Perkataan luas/besar betul bagi ayat tersebut. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar/jernih. - betul 4. Saya menunggang basikal ke sekolah setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
1. Tidak dapat jumpa entri "melurutkan" dalam kamus. melurutkan = melurut? Petani itu melurutkan padi daripada tangkainya untuk dimasukkan ke dalam bekas. Ethan terpaksa melurutkan kertas yang telah direnyuk itu untuk membaca catatan di dalamnya. Sebelum mandi di air terjun, Jasmine melurutkan cincin di jari manisnya. 2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. 3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - terpesong | 1. Pembentukan kata yang betul ialah melurut (bukan melurutkan), seperti Pak Samad melurut padi untuk makanan burung. 2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. - Perkataan melurut tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. 3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - Perkataan buntu tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk memilih perkataan yang sesuai, sila rujuk kamus. | Tatabahasa | 14.05.2012 |