Mengapakah perkataan 'ais'bukan diftong? Sila batangkan suku kata perkataan 'ais'. Terima kasih. | Ais (a.is) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). | Ejaan | 08.03.2013 |
Adakan pemeggalan perkataan-perkataan dibawah berdasarkan suku kata betul? Adakan subutanya sama dengan pemeggalan suku kata? air - a ir ais - a is daun - da un main - ma in durian - du ri an , luar - lu ar halia - ha li a biola - bi o la, buaya - bu a ya bau - ba u Quran - Qur an beruang - be ru ang pakaian - pa kai an | Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, pemenggalan : air - air, ais - ais, daun - daun, main - main, durian - du.rian, luar - luar, halia - ha.lia, biola - bio.la, buaya - bua.ya, bau - bau, Quran - Qur. an, beruang - be. ruang, pakaian - pa.kaian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tersebut. | Istilah | 01.07.2010 |
Baru-baru ini, murid saya telah diberitahu oleh penceramah bahawa penggunaan kata " teh o ais limau " itu salah. Penggunaan yang tepat ialah " teh o limau ais ". Benarkah begitu ? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "teh o limau ais". | Istilah | 26.05.2010 |
ejaan ais krim atau aiskrim | Ejaan yang betul ialah aiskrim. | Ejaan | 21.07.2013 |
Asfa keluar dari/daripada bilik Dr. Ais Kepal? | Jawapannya ialah Asfa keluar dari bilik Dr. Ais Kepal. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. | Tatabahasa | 10.11.2011 |
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam. (Adakah kata penguat amat dan terlalu boleh hadir serentak?) 2. Kakak memasukkan beberapa biji ais ke dalam minumannya. (Adakah penjodoh bilangan bagi ais ialah biji?) Sekian, terima kasih. | Ayat Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah ... teramat hitam atau ... amat hitam sekali. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
roller skate | luncur ais | Istilah | 15.11.2008 |
salam.saya ada beberapa soalan. apakah sinonim bagi yang berkaitan : 1.ais tirus yang tergantung ke bawah-> _,_,_,_,_,_ 2.kaum ->_,_,_,_,_,_ 3.awan berarak ->_,_,_,_,_,_,_ 4.berjalan membongkok ->_,_,_,_,_ 5.kisah perjalanan ->_,_,_,_,_,_,_,_ terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk melayani soalan berbentuk teka kata. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sila rumuk laman web kami. | Lain-lain | 04.01.2013 |
perbezaan antara cecair dan jelly | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Istilah | 03.02.2010 |