Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jar] | اجر

Definisi : ; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melaku­kan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpen­didikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; belajar berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; mengajar 1. menyampaikan ilmu penge­tahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, men­didik, melatih, memberikan petunjuk-petun­juk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan penga­laman dsb yg telah diperolehnya: musim ke­ma­rau ini akan ~ kita supaya tidak meng­gunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memu­kul seseorang) supaya jera (tidak mela­ku­kan lagi sesuatu); itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman; mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (sese­orang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; mengajarkan mengajar sesuatu (kpd sese­orang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitung­an yg sesulit ini; ia ~ cara-cara me­ngen­dalikan mesin tersebut kpd pekerja-pe­kerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajar­an; ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupa­kan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hu­kuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajar­kan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedom­an: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; berpelajaran mempunyai pelajaran, ber­pen­­­didikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para pe­minat; pembelajaran proses (kegiatan) belajar; pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petun­juk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat keku­rang­an tenaga ~; pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pem­beritaan akhbar itu; ~ ilmu sains; terpelajar telah mendapat pelajaran, berpe­lajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.jar] | اجر

Definisi : petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pengetahuan kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pembelajaran perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. pengajaran 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pemelajaran perihal atau proses mempelajari: ~ bahasa Inggeris diberi perhatian yg serius. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajar

Puisi
 

Jahit baju jahit seluar,
     Jangan dijahit kain berbalik;
Kalau hendak sila ajar,
     Kalau tidak hendak saya nak balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telinga bagai telinga rawah.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan nasihat atau tegur ajar orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar.  Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis.  Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut.  Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia.  Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif.  Selamat mencuba dan berjaya.  Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara.Lain-lain14.02.2010
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
Ibu bapa perlu lebih pritatin terhadap anak-anak. Contohnya sabar memberi tunjuk ajar . adakah ayat kedua merupakan ayat tergantung? adakah ayat sebegini diterima dalam penulisan pmr? terima kasihAyat yang betul ialah ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak, contohnya sabar memberi tunjuk ajar.Tatabahasa21.01.2010
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan?Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu.Tatabahasa02.03.2011
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

Lain-lain23.07.2009
Baaaimana pembetukan kata: a. pembelajaran b. pemelajaran

Pembentukan kedua-dua perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

Ajar---> belajar--> mempelajari---> pemelajaran.
Dengan berdasarkan rumus tersebut di atas, pemelajaran bermaksud aktiviti mempelajari (Transitif).

Ajar-->belajar-->pembelajaran.
Dengan berdasarkan rumus tersebut, perkataan pembelajaran bermaksud aktivti belajar (Tak Transitif).

Tatabahasa08.12.2011
Pasangan "Sebagaimana...begitu juga" tergolong dalam kata apa dalam BM? Contoh ayat: Sebagaimana dengan ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar. Soalannya: Adakah "dengan" diperlukan selepas "sebagaimana"" Atau memadai setakat mengatakan "Sebagaimana ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar"? Terima Kasih.Sebagaimana bermaksud sama halnya dengan, oleh itu tidak perlu lagi diikuti kata dengan.Tatabahasa08.09.2011
1. Terdapat perkataan belajar dalam bahasa Melayu. Adakah imbuhan bel- dalam bahasa Melayu untuk perkataan "belajar". 2. Adakah perkataan belajar itu kata dasar? Ataupun bel- itu ialah satu morfem dan ajar itu juga satu morfem?1. Bagi kata dasar ajar, gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar menghasilkan kata terbitan belajar, iaitu satu bentuk kekecualian. Sama seperti kata dasar unjur, gabungan dengan ber- menghasilkan belunjur.Tatabahasa18.08.2010
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat.Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261.Tatabahasa18.04.2013
salam sejahtera, sila beri tunjuk ajar berkenaan soalan di bawah, "........ berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung. jawapannya, A. Patik B. Tuanku C. Beta D. Beliau jawapan yang diberi ialah B. Tuanku tetapi, mengikut definasi Kamus Dewan, tuanku bermaksud, " yang mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti diri kedua bagi raja atau sultan." Pada pendapat saya, kata ganti diri ketiga patut diguna, yakni Baginda"Tuanku berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung kerana tuanku ialah kata ganti nama diri ketiga dalam ayat tersebut. Pegawai istana - kata ganti nama diri pertama, Temenggung - kata ganti nama diri kedua dan Tuanku - kata ganti nama diri ketiga.Tatabahasa21.09.2012
12345678910

Kembali ke atas