Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'. | Cik Puan Zafirah, Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut: Contoh: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 31.05.2009 |
Bagaimana cara menulis tanda baca pembuka dan penutup kata, bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan? T kasih. | Tanda petik digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan, cara penulisan adalah sama yakni perlu ada tanda petik di awal dan penutup kata seperti contoh yang diberikan di atas. | Ejaan | 02.08.2012 |
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH. | Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris, cth. menangguhkan penyelenggaraan pro- jek; iii. memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Encik, Apakah cakap pindah yang betul bagi cakap ajuk yang berikut? "Min, ambil wang ini," kata Hashim kepada saya. 1. Hashim menyuruh saya supaya mengambil wang itu. ataupun 2. Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu. *** Antara penggunaan 'saya' dan 'Amin', manakah yang betul? | Ayat kedua, iaitu, "Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu." adalah betul. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Encik, Apakah cakap pindah yang betul bagi cakap ajuk yang berikut? "Min, ambil wang ini," kata Hashim kepada saya. 1. Hashim menyuruh saya supaya mengambil wang itu. ataupun 2. Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu. *** Antara penggunaan 'saya' dan 'Amin', manakah yang betul? | Ayat kedua, iaitu, "Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu." adalah betul. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir? | Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara." Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama. Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Apakah perbezaan antara tanda baca "......" dengan '......' ? terima kasih. | Tanda petik "..." digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk,petikan langsung, daripada naskhah atau bahan bertulis. ii. mengapit judul rencana,karangan,puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat. iii. mengapit istilahilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal '...' digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. | Tatabahasa | 15.09.2007 |
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQ | Bagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?" | Lain-lain | 05.02.2012 |
Bagaimanakah cara penggunaan tanda petik (" ..... ") dan tanda petik tunggal ('....... ') ? Terima kasih. | Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk,petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Mengapit judul rencana ,karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi 3 halaman77. | Tatabahasa | 03.09.2007 |
Bilakah kita menggunakan pengikat Kata " " dan ' ' para pelajar masih keliru. | Tanda '' '' petik ini digunakan untuk tujuan mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada bahan bertulis. mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Selain itu juga untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Manakala tanda petik tunggal ' ' pula digunakan dalam ungkapan atau ayat yang suadh diapit tanda petik. contoh ayat, "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Husin. Sila rujuk Gaya Dewan muka surat 77 untuk lebih memahami. Terima kasih, | Tatabahasa | 01.08.2007 |