Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ju.kan]/[a.ju/.kan] | اجوقن

Definisi : dugaan, ujian, terkaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ju.kan]/[a.ju/.kan] | اجوقن

Definisi : perihal mengajuk, ejekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Soalan ini pernah saya ajukan pada bulan Januari 2018 tetapi belum mendapat jawapan yang pasti dari pihak DBP. Oleh itu, saya ajukan soalan ini semula. Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris terbitan DBP, jump the gun membawa maksud bertindak sebelum masanya.Penyemakan dan penterjemahan22.11.2018
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
Soalan yang ingin saya ajukan adalah berkenaan dengan penggunaan istilah "online" di dalam kajian saya yang bertajuk "Hubungan antara Personaliti dan Sikap Terhadap Perkhidmatan Kaunseling Online dalam Kalangan Pelajar UTM.". Justeru, pertanyaan selanjutnya adalah seperti lampiran yang telah saya sertakan seperti di bawah.Puan,

Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Mohon hantar kembali kepada kami supaya kami boleh meneruskan proses seterusnya.
Lain-lain25.05.2019
Soalan yang ingin saya ajukan adalah berkenaan dengan penggunaan istilah "online" di dalam kajian saya yang bertajuk "Hubungan antara Personaliti dan Sikap Terhadap Perkhidmatan Kaunseling Online dalam Kalangan Pelajar UTM.". Justeru, pertanyaan selanjutnya adalah seperti lampiran yang telah saya sertakan seperti di bawah.Puan,

Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Mohon hantar kembali kepada kami supaya kami boleh meneruskan proses seterusnya.
Lain-lain25.05.2019
salam. di sini saya ingin ajukan pertanyaan, adakah ayat " esok masih ada" terdiri dalam kategori peribahasa atau percakapan biasa.Esok Masih Ada bukanlah peribahasa, sebaliknya ungkapan umum yang menjadi tajuk sebuah filem.Tatabahasa15.01.2013
lampiranTiada lampiran disertakan. Sila ajukan soalan berkaitan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP untuk kami membantu pihak tuan. Lain-lain15.01.2025
Salam, sy ad soalan penting nk ajukan,,, tinggilah harapan kalo pihak prpm dpt respon dlm kadar segera. - "tour guide" dlm BM ialah? Kesahihan penterjemahan google translate agak diragui. Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk "tour guide" ialah pemandu pelancong.Istilah04.04.2016
KNDBP khidmat nasihat penerbitan korporatSila ajukan soalan tuan/puan untuk kami bantu.Lain-lain07.04.2025
Selamat sejahtera, Ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) Perlukah digunakan huruf besar untuk merujuk hari-hari tertentu?contohnya hari keluarga, hari kantin, hari terbuka dan sebagainya? 2) Ejaan guru besar perlu dieja dengan huruf kecil jika tidak disertai nama dan sebagainya. Tapi, bagaimana pula jika ayat seperti, "Saya ingin berjumpa dengan guru besar." Masih dieja dengan huruf kecilkah? Terima kasih.1. Huruf besar tidak perlu digunakan untuk hari kantin, hari keluarga dan hari terbuka kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Huruf besar digunakan apabila perkataan tersebut menjadi kata nama khas seperti Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka dan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Ampang.

2. Perkataan guru besar dalam ayat yang diberikan dieja dengan huruf kecil. (Saya ingin berjumpa dengan guru besar.)
Ejaan25.04.2013
Salam sejahtera, saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai soalan yang saya ajukan terdahulu, mengenai penggunaan "kemudian" atau "dan kemudian" untuk merujuk kepada "and then". Laras teks bagi penggunaan kata tersebut merupakan teks berbentuk panduan seperti buku resipi atau manual. Contoh: Ayakkan tepung dan kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut. Dalam konteks di atas, adakah penggunaan "kemudian" sahaja sudah memadai untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan? Terima kasih.Dan serta kemudian kedua-duanya kata hubung. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, gunakan salah satu daripada kata hubung yang tersebut. Ayakkan tepung dan tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut atau Ayakkan tepung kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut.Tatabahasa29.05.2015
123456

Kembali ke atas