Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ka.dé.mi] | اکاديمي

Definisi : 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahli­an dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk me­majukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ka.dé.mi] | اکاديمي

Definisi : /akadémi/ sekolah tinggi tempat mengajarkan sesuatu ilmu pengetahuan: ~ muzik; ~ tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akademi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan Permohonan Latihan Industri di Pejabat DBP Wilayah Timur. Adakah saya perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my?
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan soalan yang diajukan, sila hubungi Akademi DBP melalui talian 03-2147 0201 atau e-mel akademi@dbp.gov.my">akademi@dbp.gov.my.
Lain-lain27.11.2024
Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih.Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan.  Lain-lain15.02.2008
Bolehkah diperkenalkan istilah "negarawati" untuk merujuk kepada negarawan wanita. Jabatan Pembangunan Wanita berhasrat untuk memperkenalkan Akademi Negarawati sebagai pusat latihan kepimpinan kecemerlangan wanita daripada pelbagai sektor termasuk politik. Objektif akademi ini adalah melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis wanita yang berjiwa negarawan

Frasa “Akademi Negarawati” tidak sesuai digunakan kerana kata “negarawati” merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh negara kepada 1. seseorang orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, orang yang meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara; 2. pe­mimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dan lain-lain) yang unggul. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan pusat latihan tersebut dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Wanita.

Lain-lain06.12.2024
Assalamualaikum Tuan, betul kah ejaan Akademi Iqra' Ummum al-Husna Kalau dalam huruf besar sama juga kah ejaannya AKADEMI IQRA' UMMUM AL-HUSNA Terima kasih.​Kedua-dua bentuk ejaan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Ejaan21.02.2020
Cadangan untuk mengadakan kursus Penyediaan dan Penulisan Minit MesyuaratSaudara boleh membuat permohonan kepada Akademi DBP melalui e-mel akademi@dbp.gov.my/hfauziah@dbp.gov.myLain-lain01.08.2023
Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM-ASM) berminat untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya DBP ada menyediakan perkhidmatan latihan (in-house) untuk kakitangan ASM berkaitan Pemantapan Bahasa Melayu Lanjutan / Penggunaan Bahasa Melayu Profesional memandangkan pegawai kami mempunyai masalah dalam penulisan dan pertejemahan Bahasa Melayu yang betul. Sekian, terima kasih.DBP amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas komitmen pihak puan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Untuk maklumat mengenai kursus yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Akademi DBP melalui:

1) Dr. Haji Santrol Abdullah 
    Ketua Akademi DBP
    03-21470201/1201 / santrol@dbp.gov.my

2) Puan Noraini binti Abd Shukor
    03-21479230 / aini76@dbp.gov.my

3) Akademi DBP
    akademi@dbp.gov.my
Lain-lain06.04.2023
Salam...mohon pandangan tuan mengenai ayat untuk iklan ini..."AKADEMI KIROPRATIK"...yang mana Kiropraktik merupakan istilah perubatan. Adakah ianya bersesuaian digunakan....Sekian.Untuk makluman, AKADEMI KIROPRAKTIK adalah betul dan boleh digunakan untuk iklan.Istilah08.05.2012
Mohon pihak tuan semak..adakah perkataan ini tepat atau perlu pembetulan. Wafa Counseling & Coaching Training Academy = Akademi Latihan Kaunseling & Coaching WafaKami mencadangkan Wafa Counseling & Coaching Training Academy diterjemahkan kepada Akademi Kaunseling dan Kejuruteraan Wafa.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2015
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Makna10.03.2014
PERMOHONAN PENGESAHAN PENGGUNAAN AKRONIM YANG BETUL BAGI PERKATAAN AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47, akronim merupakan kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute). 

Walau bagaimanapun, bukan semua nama khas institusi sesuai dijadikan akronim. Contohnya, Polis Diraja Malaysia menggunakan singkatan PDRM. Akademi Kastam Diraja Malaysia dicadangkan menggunakan singkatan AKDM yang diambil daripada huruf pangkal setiap perkataan. Namun, sekiranya pihak puan ingin menggunakan akronim untuk Akademi Kastam Diraja Malaysia, akronim yang sesuai digunakan ialah AKDIMAL.

Tatabahasa28.10.2024
12345678910...

Kembali ke atas